Umum mengetahui bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh mengundi yang jatuh pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari Rabu. Tinjauan kami di media sosial rata-rata melihat ramai yang mengeluh apabila hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja.

Namun satu usaha murni netizen Malaysia menerusi #CarpoolGE14, kini trending di media sosial, khas untuk anda yang mahu berjimat untuk #PulangMengundi. Anda boleh berkongsi kereta dengan mereka yang pulang mengundi ke destinasi yang sama.

Mereka yang mempunyai permintaan dan tawaran perlu menentukan tempat asal dan destinasi dituju, tarikh dan masa perjalanan, titik pertemuan dan bilangan tempat duduk yang ada. Anda hanya perlu cari #CarpoolGE14 di Twitter dan nyatakan minat anda untuk menumpang atau menawarkan perkhidmatan carpool.

Lupakan segala perbezaan pendapat, ayuh kita bersatu menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Ingat, setiap undi dikira, semoga semua yang menggunakan #CarpoolGE14 selamat pulang dan kembali. Selamat mengundi!

Kami berkongsi beberapa tweet #CarpoolGE14 untuk anda sertai: