Umum mengetahui Pakatan Harapan membuka lembaran baru bagi Malaysia apabila diberi mandat untuk menjadi kerajaan baru. Selari dengan barisan kabinet yang serba baru, YB Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah dilantik menjadi Menteri Pertahanan Malaysia yang baru. Jika anda masih samar-samar siapakah Mat Sabu, ini beberapa fakta menarik tentang diri beliau.

Tahniah YB.

1. Mat Sabu berasal dari Pulau Pinang dan menyambung pelajaran jurusan Seni Kulinari di Institut Teknologi Mara (UiTM).

Tular di media sosial.

2. Mat Sabu pernah dua kali masuk ISA. 1984-1986 dan 1987-1989. Seorang bekas aktivis ABIM, lalu menyertai PAS dan pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS.

3. Pernah dua kali menjadi wakil rakyat. Kubang Kerian (1995) dan Kuala Kedah (2004). Pernah kalah pada tahun 2008.

4. Pernah digelarkan jebon dalam PAS. Dan bersama rakan-rakan, beliau keluar dan tubuhkan Gerakan Harapan Baru dan kemudiannya menjadi Parti Amanah Negara.

Menteri Pertahanan yang baru dilantik.

5. Apa sahaja yang Mat Sabu tak pernah rasa? Masuk penjara sudah. Kena pukul sudah. Kena buang daerah sudah. Kena tembak dengan tear gas sudah. Kena buang parti sendiri sudah. Pernah kalah teruk PRU sudah. Gerakan demo sudah. Ceramah tak sampai 10 orang pun sudah. Ceramah puluhan ribu sudah. Bekerjasama dengan orang yang humban dia atas akta ISA pun sudah.

6. Ketika Mat Sabu menjadi ahli Parlimen sekitar era arwah Tun Ghafar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia pernah dipuji oleh arwah sebab kelantangan dia berhujah dalam parlimen. Ada menteri yang pernah takut nak berlawan kelantangan dengannya.

7. Lim Guan Eng (LGE) dianiaya dan difitnah hanya kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang dirogol menteri, lalu LGE dihumban ke penjara Kajang. Masa LGE dilepaskan dari penjara, antara insan yang menyambut LGE adalah Mat Sabu sambil naik lori.

8. Selain dari sifat kental Mat Sabu dan semangat yang tidak pernah berputus asa, Mat Sabu juga mempunyai aura yang tersendiri. Contohnya gaya penyampaian ceramahnya.

Sumber: Hazman Husni