Kehadiran Ramadan Al-Mubarak tidak lama lagi pastinya mengamit tumpuan orang ramai khususnya meninjau menu istimewa untuk berbuka puasa. Bagi mereka yang menggemari juadah masakan Melayu ala Minangkabau boleh mencubanya di Hotel Olive Tree, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Meskipun lokasi ini terletak di Pulau Mutiara yang terkenal dengan masakan nasi kandar tetapi keenakan masakan Minangkabau dari Negeri Sembilan bukan sahaja disajikan dalam pelbagai juadah yang cukup lazat tetapi keaslian masakan tradisional diperkenalkan Chef Fauzi ini boleh membuat pengunjung termasuk penggemar nasi kandar bertukar selera.
Bufet Ramadan yang dihidangkan di Sukkah Coffee House itu akan bermula dari 27 Mei ini sehingga 2 Julai nanti ditawarkan pada harga dari RM120 untuk dewasa manakala RM60 untuk kanak-kanak serta pengunjung warga emas yang berusia 55 tahun ke atas diberikan harga istimewa sebanyak RM80.

Di restoran ini, lebih 100 menu istimewa disajikan antaranya kerabu betik muda, kerabu udang suhun, gulai daging salai, siput sedut masak lemak cili api, daging rendang Minang, sambal udang petai berlado, gulai nangka ikan bilis, ketam masak lemak dan rendang ayam Negeri Sembilan.
Bukan itu sahaja, sajian enak ini turut dihidangkan bersama ikan keli masak berlado dan gulai itik salai. Malah, sebagai tarikan lain turut disajikan pelbagai masakan tradisional Melayu termasuk hidangan pencuci mulut dan pelbagai sup pilihan.

Sebagai tawaran awal, Hotel Olive Tree juga melancarkan jualan awal dimana bagi setiap pembelian baucer Bufet Ramadan bermula dari 27 sehingga 31 Mei ini dan 22 sehingga 26 Jun layak mendapat potongan diskaun sebanyak 50 peratus.
Bagi pembelian baucer berbuka puasa pada 1 sehingga 21 Jun manakala 27 Jun sehingga 2 Julai pula layak mendapat potongan diskaun 20 peratus. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 04-6377856 atau layari laman web www.olivetreehotel.com untuk maklumat lanjut.