Rakyat New Zealand terus-menerus membuatkan dunia mengagumi mereka apabila wanita di negara itu akan memakai hijab sebagai tanda solidariti kepada masyarakat Islam di Christchurch.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut mengenakan hijab.

Gerakan Sarves In Solidarity dan Headscarf For Humanity mengajak semua wanita di New Zealand untuk mengenakan hijab selama sehari pada esok, Jumaat, 22 Mac.

Selain sebagai tanda solidariti, pergerakan #headscarfforharmony dan #scarvesinsolidarity ini adalah bertujuan untuk memberikan penghormatan dan sokongan ke atas masyarakat Islam yang berdepan tragedi berdarah Masjid Al Noor dan Masjid Linwood pada 15 Mac yang lalu.

Menerusi Twitter Anna lagi, beliau berkongsi sekeping gambar anggota polis wanita yang mengenakan hijab sebagai tanda penghormatan ketika majlis pengebumian semalam.

Bagi Presiden Persatuan Muslim New Zealand, Ikhlaq Kashkari, beliau merasakan inisiatif ini sebagai idea yang hebat.

Inisiatif murni ini turut disambut kerajaan negeri Kelantan apabila wanita Kelantan disaran untuk memakai hijab berwarna putih esok sebagai tanda solidariti.

"Memakai hijab itu adalah sebagai lambang kedamaian dan sekaligus melindungi maruah seorang wanita yang amat dituntut oleh agama Islam", kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, YB Hajjah Mumtaz Md. Nawi.

Wanita Kelantan disaran bertudung putih.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut mengumumkan bahawa laungan Azan akan disiarkan secara nasional di saluran televisyen TVNZ (Television New Zealand) dan RNZ (Radio New Zealand) diikuti dengan sesi bertafakur selama dua minit.

Kami di Malaysia turut terharu dengan usaha yang dilakukan ini. Semoga wanita-wanita di Malaysia turut sama menyahut gerakan ini dan jangan lupa sertakan tanda pagar #headscarfforharmony dan #scarvesinsolidarity agar ia trending di seluruh dunia.