Cecair perangsang seks untuk golongan wanita dijual pada harga RM30 oleh pengedar dari Songkla, Thailand. Cecair ini dijual di pasaran gelap dan secara tersembunyi mendapat permintaan ramai terutamanya para pelancong dan pelajar tempatan.

Menurut The Star Online, pengedar cecair ini mengaburi mata pihak berkuasa dengan menjual produk berasaskan rotan dan ubat-ubatan, mereka juga tanpa rasa bersalah menjual produk tersebut dalam saiz kecil kepada pelajar.

Advertisement
Produk ini dihasilkan daripada gabungan pelbagai jenis herba dengan campuran dadah mampu merangsang nafsu seksual para wanita jika dicampurkan ke dalam minuman. Keadaan sungai Golok di sempadan Kelantan-Thailand yang cetek akibat cuaca panas memudahkan kerja-kerja penyeludupan dilakukan yang memberi keuntungan lumayan kepada mereka.
