Skip to main content

Business News

Selepas 27 Tahun Berjuang, Undertaker Akhirnya Bersara

undertaker2.jpg

Namanya cukup gah dalam kalangan peminat gusti apatah lagi kemunculannya di gelanggang sering mengerunkan lawan sehingga diangkat sebagai hero pujaan ramai. Begitupun, kehebatan ahli gusti terkenal, Undertaker kini hanya menjadi sejarah selepas dia akhirnya bersara dalam sukan WWE itu.

Hero berusia 52 tahun itu mencatat banyak kemenangan sejak memulakan karier di gelanggang gusti bersama WWF pada tahun 1990. Namun, aksi terbarunya kelmarin menghampakan peminat selepas tewas pada Roman Reigns sehingga mengambil keputusan bersara.

Simbolik pengundurannya itu Undertaker meninggalkan sarung tangan, topi dan kot panjangnya di tengah gelanggang. Sungguhpun bidang sukan gusti mempunyai ramai lagi pelapis baru, Undertaker atau nama sebenar Mark William Calaway digemari ramai kerana pesona yang dimiliki lelaki itu.

Apa yang menarik perhatian peminat, selama 27 tahun berjuang sebagai peninju dia masih kelihatan tegap dan bertenaga apabila beraksi di gelanggang. Undertaker yang lahir pada 24 Mac 1965 di Houstan, Texas berbakat dalam sukan ragbi dan bola keranjang. Merujuk laporan antarabangsa, The Sun, dia gagal menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan sukan kerana mahu memberi fokus pada kerjaya sebagai pemain bola keranjang profesional di Eropah sebelum menceburi bidang gusti.

Di awal penampilannya sebagai ahli gusti, dia menggunakan nama sebagai Texas Red sebelum bertukar kepada Kane the Undertaker. Dia juga dikenali sebagai The Streak atas pencapaian menang 21 perlawanan berturut-turut menerusi WrestleMania kecuali tewas pada Brock Lesnar pada WrestleMania 30 dan terbaru dengan Reigns.

Topik Berkaitan

Must Watch Video