Apa saja kini boleh dinikmati menerusi telefon pintar dan tablet. Begitu juga penonton Astro berpeluang menikmati aplikasi NJOI Now yang memberi kemudahan pada pengguna berhibur dengan pelbagai kandungan program hiburan 'on demand', 'box set', siaran langsung program sukan dan berita terkini.

Menariknya, semua program perkhidmatan penstriman video terbaru ini dapat diakses menerusi peranti mudah alih dan atas talian secara percuma. Aplikasi ini direka memenuhi gaya hidup digital pelanggan masa kini yang menawarkan fleksibiliti penuh tanpa sebarang masalah.

Memberi kelebihan, pengguna juga boleh menonton program utama dari saluran Astro Prima, Astro Maya HD, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Vaanavil dan siaran langsung sukan menerusi Astro Arena, berita terkini di Astro Awani dan program pendidikan di Astro Tutor TV. Cara menonton kesemua program ini cukup mudah iaitu penonton hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan terus menonton.

(Dari kiri) Datuk Rohana Rozhan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Ketua Pegawai Operasi NJOI, Azlin Arshad.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya menyatakan lebih banyak kandungan digital diharapkan dapat diperkenalkan menerusi platform sedia ada seperti NJOI Now yang menggalakkan penonton lebih dekat dan mengambil peluang terhadap ekonomi digital yang sedang dipromosikan kerajaan.

“Golongan belia merupakan golongan terbesar yang menggunakan platform digital. Mereka sering mencari informasi terkini dengan kadar kos yang berpatutan. Oleh itu, kami amat menggalakkan golongan belia untuk menjadi usahawan dengan mengambil peluang terhadap ekonomi digital yang dipromosikan oleh kerajaan seperti pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Rohana Rozhan menyatakan NJOI dilancarkan pada tahun 2011 mencatatkan kadar langganan sangat tinggi yang memberi manfaat kepada 1.8 juta isi rumah dan dijangka jumlah tontonan menerusi platform ini meningkat kepada 12 juta dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan pula menyatakan sejak NJOI dilancarkan pada tahun 2011, ia telah mencatatkan kadar langganan sangat tinggi yang memberi manfaat kepada 1.8 juta isi rumah dan dijangka jumlah tontonan menerusi platform ini akan meningkat kepada 12 juta dalam masa terdekat ini. Perkembangan positif ini selari dengan komitmen Astro dalam memenuhi gaya hidup digital, sentiasa berhubung dan kehendak 'on demand' pelanggan Astro.

Lebih mengujakan, penonton NJOI Now dapat menikmati perkhidmatan percuma ini menerusi lebih 2,200 kandungan termasuk 'box set' filem dan drama, program pendidikan yang boleh dimuat turun dan disimpan untuk tontonan pada bila-bila masa termasuk e-dagang di Go Shop dan juga saluran kegemaran penonton.

Aplikasi NJOI Now juga boleh dimuat turun dan ditonton menerusi tablet.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store dan Apple Store di tablet, telefon pintar atau strim secara langsung di njoinow.com.