Skip to main content

Market Trends

Along Mengganas, Guna Bom Buatan Sendiri

along.jpg

Nampaknya 'modus operandi' atau taktik along untuk memungut hutang daripada peminjam tidak lagi menggunakan cara lama dengan menyimbah cat merah pada kenderaan, rumah atau premis perniagaan.

Sebaliknya, golongan along berlagak samseng ini lebih mengganas apabila menggunakan taktik baru iaitu meletakkan bom buatan sendiri untuk mencederakan peminjam agar membayar hutang. Seorang peminjam menjadi mangsa terbaru along selepas kedua kakinya tercedera akibat letupan bom yang dipasang pada keretanya.

Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa membuka pintu keretanya dan beberapa komponen seperti besi, bateri, wayar dan tali yang dipercayai daripada bahan letupan tersebut turut ditemui. Bom itu dipercayai diikat pada tali yang diletakkan pada pintu kereta dan meletup sebaik pintu kenderaan itu dibuka.

Mangsa berusia 50-an percaya kejadian itu adalah angkara along selepas mengesyaki dia diekori along ke lokasi kejadian, seperti dilaporkan Harian Metro.

Topik Berkaitan

Must Watch Video