Hari pertama Ramadan hari ini apa kata kita cuba berbuka di luar di 'Dapoq Pak Beh' yang menyediakan juadah masakan ala kampung dengan lebih 160 sajian tradisional ditampilkan.

Menampilkan resepi turun temurun nenek moyang sejak tiga generasi, ia membangkitkan aura yang tersendiri buat pengunjung apabila dapat menikmati pelbagai juadah istimewa antaranya kambing golek, satay, murtabak durian, bubur lambuk, sup ekor dan bermacam lagi.

Aneka kuih tradisional Melayu disajikan kepada pengunjung.

Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi, Hotel Iconic, Bukit Mertajam, Chee Hui Ming berkata, sajian berbuka puasa ini merupakan tahun pertama disediakan khas dan pastinya pengalaman yang ada pada Chef, Pak Beh dilihat mampu menarik perhatian ramai pengunjung.

Menurutnya, keistimewaan 'Dapoq Pak Beh' ini sememangnya amat menarik kerana ia diadakan di kawasan parkir kereta di aras 6 dimana keseluruhan lokasi telah diubah menjadi dapur tradisional Pak Beh yang cukup menarik.

Ayam percik antara tarikan sajian di 'Dapoq Pak Beh'.

"Dapoq Pak Beh mampu menampung sehingga 400 pengunjung dalam satu masa dan selain berbuka puasa turut disajikan dengan persembahan hiburan dengan dendangan merdu gamelan dan paling utama Hotel Iconic turut mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik gamelan.

Hui Ming berkata, harga promosi bufet Ramadan di 'Dapoq Pak Beh' bermula pada harga RM58 bersih untuk dewasa dan RM29 (kanak-kanak). Sajian ini bermula dari 27 Mei sehingga 24 Jun depan dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 04-5059988.