Pasukan memanah negara berjaya mempamerkan aksi cemerlang hari ini apabila menggondol dua lagi pingat emas untuk Malaysia. Pingat emas kedua negara terlebih dahulu diraih menerusi trio memanah compaund wanita yang mencatat keputusan 253 mata mengalahkan pasukan Vietnam (252) pada saingan akhir.
Pemanah negara, Nurul Syazhera Mohd Asmi berkata, dia tidak menyangka pencapaian pasukan negara boleh sampai ke peringkat akhir dan bersyukur kerana kesungguhan mereka berlatih sebelum ini membuahkan hasil.

AKSI KONSISTEN
Pasukan Malaysia yang dianggotai Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nurul Syazhera dan Saritha Nam Chong sebelum itu cemerlang ketika menewaskan Thailand 227-219 di peringkat separuh akhir. Namun, aksi perlawanan menentang Vietnam dianggap dramatik selepas pasukan lawan berjaya mengutip mata demi mata tetapi aksi konsisten pasukan negara lebih menyerlah.
"Saya berasa sangat terharu dengan rakan sepasukan biarpun sedar (prestasi) saya tidak begitu kuat. Saya minta maaf di atas kesilapan saya sehingga diheret ke shoot off, akhirnya kami boleh buat.
"Mereka katakan kepada saya, 'teruskan mencuba, boleh...sasarkan ke sasaran kuning itu dan pingat emas kita punya'," kata Saritha.
Ketenangan ketika aksi penentuan menerusi shoot off selepas kedudukan terikat 225-225 ternyata membantu kem Malaysia untuk mengesahkan pingat emas kedua kejohanan.
Kejayaan itu jelas mengubati kekecewaan Fatin yang terlepas peluang meraih emas dalam acara individu selepas meraih gangsa, semalam.
"Alhamdulillah, saya dan rakan sepasukan bersyukur walaupun agak sukar untuk memenangi pingat ini sampai ke peringkat shoot off. Dalam penentuan shoot off tadi, kami cuba menikmatinya dan kalau ada rezeki, emas akan jadi milik kami.
"Semalam sepatutnya kita menang emas dan saya harap kemenangan emas pertama dalam acara memanah ini, maka compound berpasukan lelaki akan ikut jejak kami," katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

PERSEMBAHAN SEPERTI DIRANCANG
Skuad memanah lelaki turut cemerlang selepas menewaskan Singapura dengan keputusan 228 - 222 dalam aksi final acara compound berpasukan. Aksi pasukan negara wajar dipuji sejak di peringkat separuh akhir selepas mempamerkan aksi hebat untuk bangkit daripada ketinggalan ketika menentang Vietnam bagi mengikat kedudukan 227 - 227 sebelum menang menerusi 'shoot-off' 29 - 27.
Pemain Malaysia iaitu Zulfadhli Ruslan, Lee Kin Lip dan pemenang perak kategori compound individu lelaki, Mohd Juwaidi Mazuki, nyata berada dalam kelas tersendiri ketika berdepan Singapura yang diwakili Alan Lee, Pang Toh Jin dan Ang Han Teng.
Trio negara selesa mendahului 172 - 167 dalam saingan end ketiga dan kecemerlangan itu diteruskan sehingga ke detik penamat perlawanan.
"Hari ini, seperti yang dirancang, saya berjaya menghadiahkan emas untuk didedikasikan kepada anak," kata Juwaidi yang memenangi perak dalam acara compound individu, semalam.
Sementara itu, Kin Lip turut terharu dengan kehadiran ahli keluarganya di Bukit Jalil dengan berkata pada Stadium Astro: "Sebaik ternampak kehadiran keluarga saya dalam aksi pusingan pertama, semangat saya semakin berkobar-kobar."
Selain itu, Zulfadhli menyifatkan kejayaan dalam Sukan SEA ini merupakan emas terbaik yang pernah dimenangi dalam kariernya.
Kemenangan itu meneruskan kecemerlangan skuad memanah negara selepas skuad wanita terlebih dahulu mengesahkan emas kedua buat Malaysia.