Skop

Nak Raya Mesti Buat Dekorasi Rumah Tapi Dengar Dulu Nasihat Penting CIDB

Sufiah Akmal
16/06/2017
02:20 MYT
Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, umat Islam negara ini pasti sibuk memikirkan cara untuk menceriakan kediaman masing-masing bagi menyambut perayaan yang merupakan hari kemenangan untuk mereka bergembira selepas kejayaan menunaikan ibadah puasa selama sebulan.
Bagi segelintir pihak beranggapan berbelanja adalah amalan membazir tetapi segelintir pihak pula tidak sebegitu jika ia dilakukan dengan niat meraikan saudara mara dan rakan yang akan berkunjung ke rumah mereka untuk mengeratkan silaturrahim.
Umat Islam yang berkemampuan, mereka akan memperbaharui hiasan kediaman termasuk melakukan pengubahsuaian ke atas rumah supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Namun, dalam keghairahan menjadikan kediaman lebih ceria, orang ramai dinasihati hanya menggunakan khidmat kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.
ELAK MENJADI MANGSA PENIPUAN
CIDB memberi peringatan pada pemilik rumah agar tidak ditipu atau menanggung kerugian wang, kualiti binaan dan berdepan risiko keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan kontraktor yang tidak berdaftar dengan mereka.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Ir Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, CIDB ada menerima aduan daripada pemilik rumah yang menjadi mangsa penipuan itu ekoran ketiadaan dokumen perjanjian menyebabkan kontraktor tidak berdaftar melakukan kerja ubahsuai secara sambil lewa dan tidak mengikut tempoh waktu siap kerja yang dipersetujui walaupun wang pendahuluan telah di bayar pemilik rumah.
"CIDB mengingatkan bahawa mana-mana kontraktor yang tidak berdaftar tetapi melakukan kerja-kerja pembinaan dan ubahsuai boleh di dakwa dan apabila sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 di bawah Akta 520," katanya.Ruang dapur antara menjadi pilihan ramai pemilik rumah yang mahu melakukan pengubahsuaian khususnya untuk menyambut Aidilfitri.
STATISTIK KPDNKK
CIDB turut merujuk statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) iaitu sebanyak 179 kes pertikaian membabitkan pengubahsuaian rumah dengan nilai tuntutan hampir RM2 juta telah direkodkan sepanjang tahun lalu.
Sehingga April lalu, sebanyak 76 kes pertikaian dari seluruh negara diterima agensi itu membabitkan lebih RM782,000 nilai tuntutan. Justeru, CIDB meminta orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan kontraktor berdaftar boleh merujuk laman sesawang CIDB, www.cidb.gov.my.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Netizen Kritik Hasil Dekorasi Sempena Aidilfitri Di Pusat Beli-Belah Ini - “Nampak Sangat Tak Ada Effort”

gempak
12/03/2024
06:30 MYT
Sebuah perkongsian seorang individu di Platform X tentang dekorasi perayaan menjelang Aidilfitri di sebuah pusat beli belah terkemuka ibu negara ini mendapat kritikan netizen.
Laman Utama

Barang Dekorasi Rumah Serendah RM1, Dapat Khidmat Interior Designer, Banyak Lagi Menarik Di Rumah Artis!

gempak
09/12/2022
15:55 MYT
Ada apa di Rumah Artis?
Laman Utama

#OhAbeNik: Intip Dekorasi Dalaman Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri Di Putrajaya Sebelum Renovasi RM38.5 Juta

gempak
02/10/2021
06:48 MYT
Gah dan mewah!
Laman Utama

Syatilla Melvin 'Melugai' Tengok Rumah Sendiri - "Matilah! Takkan Kena Tidur Hotel Sampai Beranak?"

gempak
22/09/2021
02:45 MYT
Alamak! Abis tu kena pindah ker?
Laman Utama

#OhAbeNik: Berhabis Ratusan Ribu Ringgit Renovate Rumah Flat, Ada Kata Tak Berbaloi?

gempak
06/03/2021
12:30 MYT
Nak renovate rumah tapi duit tak ada...