Skip to main content

Market Trends

Orang Melaka Paling Bahagia Berbanding Pahang Terendah

melaka.jpg

Setiap keluarga mahukan hubungan bahagia antara satu sama lain. Begitu juga, jika diconggak mengikut negeri, bancian keluarga yang mencatat tahap kebahagiaan tinggi boleh dijadikan contoh pada pasangan lain terutama yang baru berkahwin atau berhasrat mendirikan rumah tangga.

Mengikut Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia (IKK) pada tahun lalu yang dikeluarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), keluarga di Malaysia mencatatkan skor kesejahteraan 7.33 daripada skala 10.

Jika dipecahkan mengikut negeri, Melaka mencatatkan skor tertinggi dengan 8.28. Ini bermakna, penduduk di Melaka lebih bahagia berbanding penduduk di negeri lain.

Turutan tersebut diikuti Perak dengan skor 7.71, Johor (7.61), Terengganu (7.56), Selangor (7.33), Kelantan dan Kedah masing-masing 7.32,  Pulau Pinang (7.31), Wilayah Persekutuan  (7.15), Sabah (7.10), Sarawak (7.09), Perlis (6.97) dan Pahang yang mencatatkan IKK paling rendah iaitu 6.72.

Indeks yang memberi fokus kepada pengukuran kesejahteraan keluarga ini mengandungi lapan faktor atau domain yang mempengaruhi catatan skor. Domain keluarga, peranan agama dan amalan kerohanian mencatatkan skor domain terting­gi daripada lapan domain yang terdapat dalam IKK 2016 iaitu 8.04, yang dikategorikan dalam tahap tinggi,

Faktor kebahagiaan ini juga di dorong domain lain seperti keselamatan keluarga (7.96), hubungan kekeluargaan (7.90), keluarga dan keterlibatan komuniti (7.84), kesihatan keluarga (7.18), ekonomi keluarga (7.05), keluarga dan teknologi komunikasi (6.38) dan perumahan serta persekitaran (6.24).

Indeks yang dihasilkan adalah bertujuan membantu para pengubal dasar dan perancang program berkaitan keluarga untuk mereka membentuk program-program berbentuk intervensi yang bersesuaian dan bersifat holistik terhadap setiap domain dan indikator kesejahteraan keluarga yang terdapat dalam IKK 2016.

Topik Berkaitan

Must Watch Video