Bagi pengemar sup gear box, kenikmatan juadah tersebut memang sukar digambarkan dengan kata-kata ketika menjamahnya. Begitu juga, ketibaan Ramadan tidak lama lagi turut mengundang selera peminat sup gear box untuk mencubanya ketika berbuka.

Jika mahu merasai kelainan sup gear box yang menyelerakan, boleh mencubanya di Hotel Eastin Pulau Pinang yang turut menghidangkan makanan popular ini kepada pengunjung untuk berbuka puasa. Menariknya, lebih 100 hidangan yang cukup lazat disajikan termasuk kambing golek, nasi briyani Pak Raj, kambing masala, ayam tandori, laksa Johor, laksa Sarawak, mee jawa, mee goreng mamak dan popiah basah Selangor.

Aneka pencuci mulut untuk pengunjung Hotel Eastin Pulau Pinang.

Tidak ketinggalan, menu udang masak pedas, ketam manis, ayam masak merah, daging kuzi daun pudina dan gulai kampung ikan tenggiri serta roti john, ayam shawarma, ayam percik, gulai daging kawah oleh Chef Gopi, kambing masak pedas, gulai lobster, gulai sotong dan terbaru, gulai daging tongkat Ali.

Menambah selera, sajian ini juga disertakan bersama pelbagai ulaman dan herba kampung termasuk 10 jenis kerabu, rojak, jeruk dan pelbagai jenis pencuci mulut. Bagi pengunjung yang ingin menikmati hidangan berbuka puasa di sini, harga bufet ramadan untuk dewasa adalah RM120 bersih dan bufet bermula dari jam 7 malam sehingga 10 malam.

Ayam masak merah antara menu istimewa yang disajikan.

Sebagai tarikan, tawaran istimewa diberikan kepada pengunjung awal yang ingin mendapatkan baucer berbuka puasa bernilai RM95 bersih dan ia boleh digunakan dari 28 Mei sehingga 24 Jun depan. Promosi menerusi media sosial juga disediakan pada harga RM100 bersih di mana pengunjung hanya perlu menunjukkan baucer Ramadan yang disiarkan dalam laman rasmi Facebook, Hotel Eastin, Penang.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh menghubungi talian 04-6121128 atau email kepada [email protected] atau layari laman sesawang, www.eastin.com.