Jika anda pernah terkena demam denggi, ia mungkin menjadi satu pengalaman yang menakutkan. Jika serius, ia boleh membawa maut.
Ramai seolah sedar betapa bahaya kes demam denggi yang menular di negara ini tetapi masih ada segelintir daripada masyarakat kita yang kurang peka menjaga kebersihan persekitaran rumah sehingga menyebabkan pembiakan nyamuk aedes.
Satu perkongsian menarik diceritakan Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah yang berdepan situasi seorang pesakit demam denggi yang dirawatnya pada jam 4.30 pagi tetapi akhirnya menghembuskan nafas terakhir.
Menurutnya dalam kisah yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit itu sudah enam hari terlantar di hospital akibat demam sehingga dirujuk ke hospital selepas keadaannya menjadi semakin teruk. Apa yang diucapkan pesakit itu adalah "saya penat" membayangkan kesan penyakit itu begitu kuat dalam dirinya sehingga dia menjadi lemah.
TIGA JAM RAWATAN
Sebagai pengamal perubatan yang profesional dan berstatus pakar, Dr Rafidah menyatakan beliau berupaya memberi rawatan apa yang boleh termasuk dialisis kepada pesakit tersebut selama hampir tiga jam. Namun, rawatan menjadi sangat rumit apabila keadaan pesakit sudah teruk.
Bagaimanapun, pesakit kemudian berdepan masalah penafasan sehingga diberi bantuan penafasan tetapi hanya bertahan beberapa jam sebelum mangsa yang mempunyai anak kecil berusia 4 bulan meninggal dunia.

Menyelami perasaan Dr Rafidah sendiri, beliau mengakui meskipun sudah banyak kali merawat kes demam denggi, pengalaman berdepan pesakit yang kritikal seperti itu menjadi suatu yang sukar buatnya.
Sebagai saranan, beliau juga menasihatkan orang ramai agar menjaga persekitaran bersama dan memohon orang ramai segera mendapatkan rawatan sekiranya mengesan tanda-tanda awal demam denggi.