Menjelang musim perayaan Aidilfitri pasti berduyun-duyun kenderaan akan bergerak di atas jalan raya menuju ke destinasi masing-masing untuk bertemu dengan anggota keluarga, sahabat handai dan sanak saudara.

Dalam situasi itu juga tidak mustahil ada kenderaan yang tersadai di bahu jalan kerana mengalami kerosakan disebabkan pelbagai faktor. Bagaimanapun, ada berita baik buat pemilik kenderaan jenama Proton kerana syarikat pengeluarnya iaitu Proton Holdings Bhd menyediakan pemeriksaan keselamatan percuma untuk kenderaan itu bersempena sambutan Aidilfitri kali ini.

PEMERIKSAAN 20 MATA

Proton dalam satu kenyataan media memaklumkan syarikat itu mempelawa pemilik jenama kenderaan ini hadir ke mana-mana pusat perkhidmatan Proton untuk menikmati pemeriksaan keselamatan sebanyak 20 mata secara percuma.

Menurutnya, perkhidmatan percuma itu turut ditawarkan dalam konsep perkhidmatan mudah alih di beberapa stesen minyak Petronas terpilih di seluruh negara sebagai sebahagian daripada Kempen Petronas Coffee Break pada tahun ini.

"Pemilik Proton dipelawa untuk datang ke mana-mana pusat perkhidmatan Proton yang diiktiraf untuk melakukan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma sebelum mereka memulakan perjalanan jauh.

"Perkhidmatan mudah alih pula kemudahan tambahan untuk mereka yang tidak berkesempatan menghantar kereta untuk diperiksa. Lokasi mudah alih dipilih berdasarkan lokasi yang bersesuaian untuk mereka singgah ketika dalam perjalanan mereka pulang ke kampung," katanya.

Perkhidmatan pemeriksaan percuma ini turut ditawarkan dalam konsep perkhidmatan mudah alih di beberapa stesen minyak Petronas terpilih di seluruh negara.

LOKASI PEMERIKSAAN MUDAH ALIH

Senarai lokasi mudah alih bagi pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma Proton adalah seperti berikut:

Hentian sebelah lebuhraya LDP, Bandar Sunway, Petaling Jaya (sempadan Sunway)a) Arah Utara

- Stesen Petronas Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah

b) Arah Selatan

- Stesen Petronas Seremban, Negeri Sembilan

c) Arah Pantai Timur

- Stesen Petronas Jerteh, Terengganu

- Petronas Rawat dan Rehat Gambang (Sempadan Timur), Pahang

- Stesen Petronas Gua Musang, Kelantan


APA YANG DIPERIKSA?

Jelas Proton, pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma termasuk:

Lebih menarik, pemilik Proton yang membuat pemeriksaan kenderaan tersebut akan turut membawa pulang buah tangan sebagai penghargaan di atas sokongan mereka.

"Proton percaya kempen keselamatan ini boleh membantu dalam menyumbang kesedaran pengguna jalan raya mengenai kepentingan penyelenggaraan kenderaan dan mengurangkan kadar kemalangan pada musim perayaan," katanya.

Orang ramai boleh memperoleh maklumat lanjut dengan menghubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di talian 1800-888-398, emel kepada [email protected] atau layari www.proton.com atau www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store.