Seramai 19 orang terbunuh manakala 50 orang lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Manchester Arena, United Kingdom ketika persembahan penutup konsert penyanyi Ariana Grande berlaku kira-kira jam 10.30 malam waktu tempatan.

Menurut laporan media antarabangsa, letupan dipercayai berlaku di luar premis konsert tersebut di kawasan awam. Siasatan pihak polis masih diteruskan dan mengandaikan ia mempunyai kaitan dengan serangan pengganas.

Sehingga kini identiti mangsa yang terbunuh dan cedera masih belum dipastikan. Susulan kejadian itu, kawasan tersebut ditutup termasuk perkhidmatan keretapi di Victoria Station dibatalkan. Rakaman video dari laporan The New York Times juga menunjukkan keadaan panik peminat yang bertempiaran lari sejurus letupan berlaku.