Skip to main content

Drama

Siapa Bunuh Ahyan? Episod Pertama ‘Good Boys Go To Heaven’ Dah Buat Penonton Tak Senang Duduk!

IMG 2896

Sekilas

  • Siri Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven, bermula dengan episod pertama yang penuh emosi dan membina suasana misteri di bandar Kuala Makar selepas kematian seorang kanak-kanak, Ahyan.
  • Episod ini memperkenalkan watak dengan beban emosi masing-masing dan menimbulkan persoalan sama ada kematian itu kemalangan atau ada rahsia gelap yang tersembunyi.
  • Siri ini menampilkan pelakon seperti Beto Kusyairy dan Zahirah MacWilson, ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra dan boleh distrim lebih awal di Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Sebuah siri Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven yang membuka tirai dengan episod pertama terus meninggalkan impak penuh emosi kepada penonton.

Apa yang membuatkan episod ini menarik adalah cara jalan cerita dibina secara perlahan tetapi penuh tekanan emosi.

Advertisement

Dari awal lagi, penonton dibawa ke bandar Kuala Makar yang kelihatan tenang di luar, namun beberapa ketika, ketenangan itu mula diselubungi suasana suram selepas berita kematian seorang kanak-kanak yang amat disayangi tersebar.

Tanpa terlalu mendedahkan plot utama, setiap watak diperkenalkan dengan emosi dan beban masing-masing. Kejadian menimpa Ahyan itu membuatkan penduduk bandar Kuala Makar mula tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

Kejadian itu juga sekaligus memaparkan elemen misteri apabila timbul persoalan sama ada tragedi itu benar-benar berlaku disebabkan kemalangan atau berpunca daripada satu rahsia gelap yang cuba disembunyikan seseorang.

Episod pertama ini juga berjaya menarik penonton vibe drama ini yang disifatkan ‘berat’, emosional dan penuh teka-teki.

Secara keseluruhan, episod pertama Good Boys Go To Heaven (GBGTH) telah meninggalkan tanda tanya besar selain membuatkan penonton ternanti-nanti apa sebenarnya yang berlaku di Kuala Makar.

Jadi apakah yang terjadi kepada Ahyan dan siapakah pembunuhnya? Jangan lupa saksikan episod kedua Good Boys Go To Heaven minggu hadapan.

Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Selain Beto, siri ini turut dibintangi Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Amanda Ang dan ramai lagi.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan bermula hari ini dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement