Skip to main content

Selebriti

“Siapa Pun Hadap Apa Yang Saya Hadap Mesti Jadi Kusut” - Azar Azmi

ASTROGEMPAK Azar

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi mengamalkan produk kesihatan yang membantu menyeimbangkan hormon dan mengurus tekanan hidup selepas diperkenalkan oleh Puan Sri Datin Ela Tan.
  • Produk berasaskan teknologi sel stem tumbuhan ini dilancarkan di Malaysia melalui kerjasama Mibelle Biochemistry dan NovaBio CellTech, menawarkan pendekatan pencegahan kesihatan dan kelanjutan usia sihat.
  • Produk GenEla dan NuEla dipasarkan melalui klinik perubatan dengan tujuan memberi nasihat profesional serta menyokong kesihatan sel, metabolisme, dan kecergasan tubuh secara menyeluruh.

Pelakon Azar Azmi berkongsi dia kini mengamalkan produk kesihatan yang membantunya mengekalkan keseimbangan hormon serta menguruskan tekanan hidup selepas melalui pelbagai cabaran.

 

Menurut Azar, dia mula mencuba produk tersebut selepas diperkenalkan oleh Puan Sri Datin Ela Tan dan mengakui merasai sendiri perubahan positif terhadap dirinya.

 

“Sebenarnya saya ada pergi klinik Puan Sri Datin Ela Tan dan beliau bagi saya satu produk ini untuk cuba. Lepas cuba itu memang saya rasa kesan dia. Produk itu sesuai dengan saya tambahan pula dengan apa yang terjadi. 

 

“Produk itu sendiri seimbangkan horman kita, dengan keadaan saya… buat diri saya lebih tenang dalam menguruskan kehidupan. Siapa pun yang kena hadap apa yang saya hadap, mesti jadi kusut. 

 

“Otak ini banyak fikir, nak uruskan anak dan rumah lagi, jadi produk ini membantu saya. Bukan saja bantu horman kita seimbang tapi mencantikkan kulit juga,” katanya kepada Gempak. 

 

Azar ditemui ketika majlis perasmian GenEla dan NuEla yang diadakan di Ateliar Hall, Le Meridean Hotel, Putrajaya baru-baru ini.

 

Kerjasama strategik antara syarikat bioteknologi Switzerland, Mibelle Biochemistry dan NovaBio CellTech Sdn. Bhd. dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan produk kesihatan berasaskan teknologi sel stem tumbuhan di Malaysia.

 

Ia juga sekali gus memperluaskan amalan penjagaan kesihatan secara pencegahan serta konsep regenerative longevity atau kelanjutan usia yang sihat. 

 

Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr. Fred Zulli berkata, syarikatnya menjadi perintis dalam pembangunan teknologi sel stem tumbuhan apabila berjaya menghasilkan bahan aktif berasaskan sel stem epal pada 2008 selepas menjalankan penyelidikan selama empat hingga lima tahun.

Salah seorang doktor yang terlibat iaitu Dr. Gokula Mohan berkata, pelancaran produk di bawah jenama GenEla dan NuEla menggambarkan perubahan pendekatan masyarakat daripada rawatan selepas jatuh sakit kepada usaha menjaga kesihatan lebih awal demi kesejahteraan jangka panjang.

 

Dr. Mohan berkata, NovaBio turut memilih pendekatan berbeza apabila memasarkan produknya melalui klinik pengamal perubatan, klinik estetik dan klinik perubatan fungsian bagi memastikan pengguna memperoleh nasihat profesional sebelum menggunakannya.

 

Beliau berkata, produk berkenaan bukan sekadar membantu pengguna kelihatan lebih muda, malah menyokong kesihatan sel, meningkatkan metabolisme dan memperbaiki kecergasan tubuh secara menyeluruh menerusi pemakanan sel yang lebih berkualiti.

 

“Keremajaan bermula dari dalam badan. Apabila sel menjadi lebih sihat dan aktif, kesannya bukan sahaja dapat dirasai melalui peningkatan tenaga, malah turut dapat dilihat pada kulit selepas diamalkan secara berterusan,” katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

High Quality Pomade / Snavecito / Pomade Snavedio / Pomade Strong Hold / Original Flavor PMO-040 , Pomade Murah Borong

High Quality Pomade / Snavecito / Pomade Snavedio / Pomade Strong Hold / Original Flavor PMO-040 , Pomade Murah Borong

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

Pillow Makeup Bag Soft PU Leather Portable Cosmetic Bag Double Layer Large Capacity Travel Toiletries Storage Bag Pouch

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

[Le Mai.com] ADIDAS CLSC BTU BOXY Backpack Black Casual Bag JD9566

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Must Watch Video

Advertisement