Skip to main content

Simpan Guni Berisi Najis Di Luar Rumah, Lelaki Dihukum Penjara Dua Minggu

IMG 6046

Sekilas

  • Seorang lelaki di Kano, Nigeria dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM304 kerana menyimpan guni berisi najis manusia di luar rumahnya yang mengganggu jiran.
  • Mohammed Saidu, yang bekerja sebagai pembersih tangki septik, mengaku bersalah atas pertuduhan membahayakan kesihatan awam selepas hampir 50 guni najis ditemui di lokasi tersebut.
  • Majistret Halima Wali melawat lokasi kejadian sebelum menjatuhkan hukuman dan menyifatkan tindakan Saidu sebagai tidak bertimbang rasa serta mengancam kesihatan jiran.

Seorang lelaki di utara Nigeria dijatuhi hukuman penjara dua minggu selepas jiran-jirannya mengadu bahawa dia menyimpan guni berisi najis manusia di luar rumahnya yang menyebabkan ketidakselesaan di kawasan kejiranan itu.

Mohammed Saidu dibawa ke mahkamah di bandar Kano selepas penduduk melaporkan bau busuk itu kepada pihak berkuasa alam sekitar.

Majistret Halima Wali turut mengenakan denda berjumlah 100,000 naira (RM304) ke atas tertuduh.

Beliau menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai sangat tidak bertimbang rasa dan mengancam kesihatan jiran tetangga.

Saidu yang bekerja sebagai pembersih tangki septik menjual najis tersebut kepada petani untuk dijadikan baja.

Terdapat hampir 50 guni najis ketika aduan pertama diterima.

Saidu mengaku bersalah atas pertuduhan membahayakan kesihatan awam.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Wali turut melawat lokasi berkenaan bagi melihat sendiri longgokan guni berisi najis tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement