Skip to main content

Sukan

Astro Terus Bersama Liga Malaysia, Pacu Bola Sepak Tempatan

Astro Terus Bersama Liga Malaysia, Pacu Bola Sepak Tempatan

Sekilas

  • Astro terus menjadi penyiar rasmi Liga Malaysia untuk dua musim akan datang, menyiarkan perlawanan utama seperti Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia dalam definisi tinggi.
  • Musim baru memperkenalkan pundit baru Nidzam Jamil dan Yusri Che Lah serta format studio baharu yang memberi ruang lebih besar kepada pakar bola sepak dalam perbincangan.
  • Inisiatif #IniPadangKita diperluaskan ke sekolah terpilih untuk memupuk minat bola sepak dalam kalangan generasi muda, dengan siaran boleh ditonton melalui Astro, Astro GO, NJOI, dan Sooka.
Advertisement

Astro hari ini mengumumkan kesinambungan peranannya sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia bagi dua musim akan datang, membawakan perlawanan siaran langsung dalam definisi tinggi (HD) merangkumi aksi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata, “Sebagai Penyiar Rasmi Liga Malaysia, Astro melihat perlawanan ini bukan sekadar sebuah pertandingan bola sepak, tetapi nadi kepada komuniti yang menyatukan penyokong dan menggerakkan keseluruhan ekosistem sukan tempatan. Momentum yang kami perhatikan pada musim lalu mengukuhkan keyakinan kami terhadap potensinya. 

Sooka mencatatkan peningkatan sebanyak 52 peratus dari segi jumlah minit tontonan, manakala kandungan Liga Malaysia di platform digital dan media sosial Astro telah menjana lebih 575 juta tontonan sepanjang tiga musim lalu. Peningkatan ini mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap bola sepak tempatan dan menjadi pemangkin kepada usaha kami untuk terus membawa pengalaman tontonan terbaik kepada peminat.”

Advertisement

Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato' Ab Ghani Hassan, berkata, “MFL amat berbesar hati dapat meneruskan kerjasama bersama Astro sebagai Penyiar Rasmi Liga Malaysia. Kesinambungan ini mencerminkan keyakinan kedua-dua pihak terhadap potensi dan masa depan bola sepak tempatan, di samping memastikan saingan Liga Malaysia terus mendapat liputan meluas serta lebih dekat dengan peminat di seluruh negara. 

Kami menghargai komitmen berterusan Astro dalam memperkukuh nilai komersial Liga Malaysia serta ekosistem bola sepak tempatan, dan yakin kerjasama ini akan terus memberi manfaat kepada MFL, kelab-kelab serta komuniti bola sepak Malaysia.”

Wajah Baharu, Format Baharu untuk Pengalaman Lebih Dinamik

Musim baharu ini akan membawakan dua individu berpengaruh dalam bola sepak tempatan iaitu Nidzam Jamil dan Yusri Che Lah, yang menyertai barisan pundit Astro buat pertama kali. Pengalaman mereka sebagai pemain dan jurulatih dijangka dapat memberikan perspektif serta kupasan yang lebih mendalam tentang perkembangan perlawanan, sekali gus melengkapkan barisan pakar sedia ada yang terdiri daripada Zaquan Adha, Razman Roslan, Farizal Marlias, Nizaruddin Yusof dan Datuk Zainal Abidin Hassan.

Pada masa yang sama, format studio baharu akan memberi ruang kepada pakar bola sepak untuk memainkan peranan lebih besar dalam mengendalikan rancangan dan mengetuai perbincangan. Keesh ‘Mat Stats’ dan Faiz Gurun akan mengendalikan liputan Liga Super, sementara Bang Med pula bakal mengemudi liputan Piala FA dan Piala Malaysia.

Dari Padang Komuniti, Bermula Sebuah Impian

Komitmen Astro dalam memupuk dan mengembangkan bakat muda dalam sukan bola sepak diteruskan menerusi #IniPadangKita. Tahun ini, inisiatif tersebut diperluaskan ke sekolah-sekolah terpilih, memberi peluang kepada generasi muda untuk berinteraksi bersama pemain, di samping menyemarakkan minat terhadap bola sepak.

Kesemua aksi Liga Malaysia boleh disaksikan secara langsung menerusi Arena Bola (Saluran 803 & 804), Astro GO, NJOI dan Sooka, perkembangan perlawanan turut boleh diikuti di platform digital Astro termasuk Stadium Astro serta saluran media sosial rasmi Astro Arena.

Selari dengan perubahan cara peminat menikmati kandungan sukan, pelanggan boleh melanggan pek Astro X3, penawaran penstriman terbaharu Astro yang tidak memerlukan dekoder, pemasangan atau kontrak, bermula daripada RM39.99 sebulan*.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement