Sekilas
- Seorang personaliti media sosial, Amnazhan, mencetuskan kontroversi selepas dipercayai memuat naik siaran langsung perlawanan bola sepak FIFA di TikTok.
- Perkongsian tersebut mendapat kritikan netizen yang menganggap tindakan itu melanggar hak penyiaran rasmi dan tidak wajar dilakukan.
- Netizen menggesa RTM dan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap Amnazhan atas pelanggaran hak penyiaran tersebut.
Seorang personaliti media sosial mencetuskan kontroversi selepas dipercayai memuat naik siaran perlawanan bola sepak FIFA menerusi platform TikTok.
Menerusi satu hantaran di Threads, personaliti media sosial yang dikenali sebagai Amnazhan berkongsi sekeping gambar yang memaparkan siaran perlawanan tersebut.
"Thank all world ❤️🔥," tulisnya ringkas pada hantaran tersebut.
Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan perbuatan menayangkan siaran perlawanan secara langsung di platform media sosial sebagai tidak wajar, terutama jika melibatkan hak penyiaran rasmi.
Malah, ada juga yang menggesa syarikat penyiaran, RTM, supaya mengambil tindakan sewajarnya sekiranya berlaku pelanggaran hak penyiaran.
‘Penyiar rasmi ke?
“RTM bayar berjuta utk rakyat malaysia tengok, kau sedap2 buat live bagi org luar nonton. Hati2 bro jgn sampai fifa saman kau takut kau tak boleh bayar je. Ishowspeed yg trkenal pun tak bagi nampak live match sbb dia tau rules tu mcm mana.
“@rtm_malaysia saman terus
“@rtm_malaysia @sukantvrtm dan SKMM @ MCMC TOLONGGGGGG SAMAN.. CURI LIVE ORANG
“@rtm_malaysia boleh saman dia ni... rasanya ambik hak penyiaran RTM lepas tu buat live
“@rtm_malaysia please take action si fries yg jenis lapar view ni,” tulis netizen.