Skip to main content

Sukan

Ibu Zul Huzaimy Meninggal Dunia

niujniun

Ibu kepada pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy, dikhabarkan telah meninggal dunia pada Selasa, 4 November 2025.

Berita duka itu dikongsi oleh isteri Zul, Nur Ernawati Mohamad, menerusi satu hantaran di Instagram yang memaklumkan pemergian ibu mentuanya itu.

Advertisement

 

 Dalam hantaran tersebut, Ernawati meluahkan rasa syukur kerana pemergian ibu mentuanya dipermudahkan serta menggambarkan arwah sebagai seorang insan yang sangat baik dan penyayang.

 

“Pergi dunia mana sekalipun, aku takkan dapat mak macam ni.

“Mak tak pernah bagi Na rasa yang Na ni menantu. Macam mana mak layan anak mak, macam tu jugalah mak layan Na.

“Maklah contoh mak mentua paling ikhlas dalam dunia. Terima kasih Allah pinjamkan mak, terima kasih mak didik akhlak anak mak, rezeki Na dapat suami macam Angah,” tulis Ernawati.

Katanya lagi, arwah ibu mentuanya merupakan peneman setia ibunya dalam pelbagai urusan, dan kini telah ‘pergi’ ke tempat yang lebih indah.

“Mak lah satu-satunya peneman mama selama ni, teman bercuti. Kali ni mak pergi dulu ke tempat paling indah, kalah semua tempat yang kita pernah pergi sama mak.

“Semoga mak tenang di dunia baru, semoga syurga tempatmu mak. Alhamdulillah, urusan pemergian mak dipermudahkan semuanya. Cantik mak pergi lepas solat hajat dan tahlil kami adik-beradik,” tulisnya lagi.

Dalam hantaran sama, Ernawati turut memohon doa agar Allah mengampuni dosa arwah dan memberi kekuatan kepada keluarganya untuk menghadapi kehilangan tersebut.

“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah segala dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-Mu.

“Kau berikanlah kami sekeluarga kekuatan dalam menghadapi dugaan ini Ya Allah. Amin,” ujarnya.

Gempak mengucapkan salam takziah kepada Zul Huzaimy dan seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Must-Watch Video

Advertisement