Skip to main content

Antarabangsa

Legenda Bola Sepak, Roberto Carlos Didakwa Peluk Islam Di Brazil

Legenda Bola Sepak, Roberto Carlos Didakwa Peluk Islam Di Brazil

Sekilas

  • Legenda bola sepak Roberto Carlos dilaporkan telah memeluk Islam di Sao Paulo, Brazil, selepas mengucapkan dua kalimah syahadah bersama Sheikh Jihad Hamada.
  • Dakwaan ini disokong oleh kenyataan Ali Sahin, ahli parlimen Turki, yang bertemu dengan Hamada dan mengesahkan Carlos menerima Islam.
  • Selain itu, gambar perkahwinan Carlos dengan Souhaila El Tahiri, wanita Maghribi yang juga ejen pemain FIFA, turut tular sejak awal tahun ini.
Advertisement

Legenda bole sepak dunia, Roberto Carlos dilaporkan telah memeluk Islam di Sao Paulo, Brazil, baru-baru ini.

Khabar mengenai mantan bintang Real Madrid tersebut memeluk Islam sudah tersebar sejak sebulan lalu, namun ia tidak pernah disahkan sendiri oleh Carlos.

Advertisement

Namun, menurut laporan yang diterbitkan oleh lebih daripada satu akhbar Turki, termasuk Haberler, Carlos, 53,  telah memeluk Islam kira-kira empat minggu lalu selepas mengucapkan dua kalimah syahadah dalam satu pertemuan bersama Sheikh Jihad Hamada, antara tokoh yang dikenali dalam komuniti Muslim di Brazil.

Ada laporan mendakwa Carlos sudah saling berhubung dengan Hamada sebelum pertemuan mereka untuk mendalami Islam.

Dakwaan tersebut semakin tersebar selepas satu hantaran oleh Ali Sahin, ahli parlimen Turki daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), yang berkongsi mengenai pertemuannya dengan beberapa wakil komuniti Muslim di Brazil.

Advertisement

Menerusi akaunnya di platform X, Sahin berkata beliau bertemu Sheikh Jihad Hamada yang menetap di São Paulo ketika mengadakan kunjungan ke Brazilian Charitable Union of Muslim Youth.

Beliau turut memaklumkan  Hamada merupakan antara 500 tokoh paling berpengaruh dalam dunia Islam.

Dalam perkongsian tersebut, beliau mendakwa Hamada telah memberitahunya Carlos telah memeluk Islam dengan dirinya membimbing bintang legenda tersebut melafazkan syahadah.

Ali Sahin kemudian mendoakan agar Carlos dan keluarganya hidup dengan gembira dan penuh berkat sebagai orang Islam.

Selain itu, dakwaan Carlos sudah memeluk Islam muncul selepas selepas beberapa keping gambar Roberto Carlos sedang menandatangani dokumen pernikahan bersama wanita Maghribi, Souhaila El Tahiri, tular di media sosial.

Sebelum ini, laporan media turut mendedahkan mengenai perkahwinannya dengan wanita berketurunan Maghribi yang berasal dari Sepanyol itu. El Tahiri merupakan ejen pemain berlesen FIFA dan terlibat dalam menguruskan kerjaya profesional pemain serta pelbagai projek berkaitan bola sepak.

Gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan mereka kembali tular pada 17 Ogos lalu, namun perkahwinan tersebut sebenarnya bukanlah satu perkara baharu.

Maklumat mengenai perkahwinan mereka mula diketahui umum sejak Januari lalu, sebelum pasangan berkenaan mengadakan sebuah majlis secara sederhana pada 25 Julai, yang hanya dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Kids Bracelet Gelang Tangan Budak Gila-Gila 0.2CM (9560201)

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Must Watch Video

Advertisement