Sekilas
- Datin Athiah Ilyana Abd Samat berkongsi rasa syukur selepas suaminya, Datuk Azizulhasni Awang, memenangi pingat emas pertama di Sukan Komanwel Glasgow 2026.
- Azizulhasni berjaya menamatkan penantian 16 tahun dengan menjadi juara acara keirin di Velodrom Sir Chris Hoy.
- Kejayaan ini melengkapkan koleksi pingat Azizulhasni dan menebus kekecewaan sejak penampilan sulungnya di Sukan Komanwel Delhi 2010.
Isteri kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Datin Athiah Ilyana Abd Samat meluahkan rasa syukur selepas suaminya berjaya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk merangkul pingat emas pertama di pentas Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Menerusi perkongsian di Instagram, Athiah menyifatkan kejayaan Azizulhasni itu sebagai satu ganjaran kepada segala pengorbanan, ketabahan dan semangat juang yang dipamerkan oleh suaminya sepanjang bergelar atlet elit negara.
“Suami saya kini Juara Sukan Komanwel. Alhamdulillah. Saya amat bangga dengan awak @azizulhasniawang.
“Ketabahan, pengorbanan dan semangat yang tidak pernah berbelah bahagi awak telah memberi inspirasi kepada ramai orang.
“Sungguh indah cara awak menamatkan perjalanan di Sukan Komanwel. Saya sayang awak,” tulisnya
Terdahulu, Azizulhasni berjaya menamatkan penantian panjang apabila muncul juara dalam acara keirin di Velodrom Sir Chris Hoy, sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama dalam kariernya di temasya Komanwel.
Kejayaan itu sekaligus melengkapkan koleksi pingat legenda berusia 38 tahun itu selepas pernah memenangi gangsa pada edisi Glasgow 2014.
Malah kemenangan itu juga umpama menebus episod kekecewaan yang menghantuinya sejak membuat penampilan sulung di Delhi 2010.
Sumber: Intagram @tyailyana