Skip to main content

Viral

Peserta Larian Bakal Miliki Kenangan ‘Istimewa’, Marathon Di Sydney, Pingat Papar Stadium Jerman

Peserta Larian Bakal Miliki Kenangan ‘Istimewa’, Marathon Di Sydney, Pingat Papar Stadium Jerman

Sekilas

  • Peserta Sydney Marathon akan menerima pingat dengan gambar Allianz Arena di Munich, Jerman, bukannya Allianz Stadium di Sydney seperti yang sepatutnya.
  • Penganjur mengakui kesilapan tersebut dan menganggapnya sebagai perkara yang mencuit hati serta tidak akan menukar reka bentuk pingat.
  • Artis First Nations, Ambrose Killian, menegaskan beliau hanya terlibat dengan reka bentuk bahagian hadapan pingat dan tidak bertanggungjawab atas kesilapan latar belakang.
Advertisement

Bagaimana rasanya anda menyertai maráthon di Sydney, Australia tetapi apabila tiba di garis penamat dan menerima pingat, ‘gambar’ yang dicetak atau diukir pada pingat tersebut adalah sebuah stadium di Jerman.

Perasaan itu akan diperoleh peserta yang bakal mengikuti acara Sydney Marathon apabila mereka akan menerima pingat yang menampilkan Allianz Arena di Munich, Jerman, bukan Stadium  Allianz, Sydney.

Advertisement

Pingat dua muka itu sepatutnya menampilkan latar langit Sydney dengan beberapa mercu tanda ikonik seperti Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge.

Penganjur kemudian mengakui kesilapan tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang ‘tidak disengajakan’, namun memilih untuk berseloroh dan menganggapnya sebagai perkara yang mencetuskan perbualan hangat, lapor The Independent.

Lebih mencuit hati, stadium yang tertera pada pingat itu jelas menampilkan bentuk unik serta corak berlian pada bahagian luar Allianz Arena, bukannya ciri seni bina Allianz Stadium di Sydney.

Advertisement

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, penganjur berkata:  “Anda mungkin sudah menyedari bahawa sedikit terlalu banyak elemen antarabangsa telah menemui jalan masuk ke pingat penamat tahun ini, dengan gambaran stadium yang tidak tepat.”

Penganjur turut berkata mereka tidak akan cuba menyembunyikan kesilapan tersebut dan menganggapnya sebagai sesuatu yang mencuit hati.

Kesilapan itu turut mendapat perhatian daripada pihak Allianz Arena sendiri yang sempat menyindir secara berseloroh.

“Oh wow, kami langsung tak menjangkakan perkara ini!” tulis mereka menerusi Instagram.

Mereka turut bergurau bahawa mungkin pereka pingat cuba mencari persamaan antara kedua-dua lokasi iaitu Allianz Arena, Sydney Opera House, seni bina unik dan kedua-duanya berbaloi untuk dikunjungi.

Sementara itu, artis First Nations, Ambrose Killian, yang menghasilkan reka bentuk indigo dan emas pada bahagian hadapan pingat, menjelaskan  beliau tidak terlibat dalam penghasilan ilustrasi latar langit Sydney di bahagian belakang.

Menurutnya, hasil seni dan sumbangan kreatif beliau hanya melibatkan bahagian hadapan pingat serta tali pingat.

Beliau menegaskan dirinya langsung tidak terlibat dalam reka bentuk atau penghasilan bahagian belakang pingat, termasuk kesilapan memasukkan Allianz Arena di Munich, Jerman, menggantikan Allianz Stadium di Sydney.

Killian turut menegaskan  karya seninya mempunyai nilai, cerita dan keaslian tersendiri yang kekal tidak terjejas akibat kesilapan tersebut.

Sementara itu, penganjur Sydney Marathon menjangkakan lebih 40,000 peserta akan mengambil bahagian tahun ini dan masing-masing bakal membawa pulang pingat tersebut sebagai tanda kejayaan menamatkan larian sejauh 42.2 kilometer.

Walaupun terdapat kesilapan pada reka bentuk, semua peserta tetap akan menerima pingat yang sama, cuma kali ini ia dianggap penganjur sebagai sesuatu yang “lebih unik”.

Anda mungkin berminat dengan

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

Under Armour UA Hustle Mesh Backpack

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

Men's sleeveless fitness clothing elegant and easy student cotton tank top Korean sports style solid color suitable for summer wear breathable black white gray plus size

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

adidas Unisex Predator Accuracy.1 Low FG Outdoor Boot Football Shoe (GW4574) Sport Planet 01-06

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

Puma Unisex Quarter Sock accessories 1 Pair (935701-03) Sport Planet 36-18

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

X-TIGER New 5 IN 1 Polarized Sports Cycling Sunglasses Running Fishing Ski Running Golf Driving Sunglasses

Must Watch Video

Advertisement