Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Norway Bawa 6,000 Oren & 116 Kg Keju, Argentina Pula Angkut 900 Kg Daging Lembu

World cup

Sekilas

  • Norway membawa 6,000 biji oren, 300kg salmon sockeye, dan 116kg keju ke Piala Dunia 2026 untuk memastikan pemain kekal dengan diet biasa mereka.
  • Pasukan Norway turut membawa tiga cef khas dari negara mereka untuk menyediakan hidangan harian termasuk untuk penyerang Erling Haaland.
  • Argentina pula membawa kira-kira 900kg daging lembu ke Amerika Syarikat sebagai sebahagian tradisi barbeku mereka semasa kejohanan.
Advertisement

Persiapan unik menjelang Piala Dunia 2026 mencuri perhatian apabila beberapa pasukan dilaporkan membawa bekalan makanan dari negara masing-masing demi memastikan prestasi pemain kekal optimum.

Norway yang kembali ke pentas Piala Dunia selepas 28 tahun dilaporkan membawa kira-kira 6,000 biji oren, selain lebih 300 kilogram (kg) salmon jenis sockeye dan 116kg keju sebagai sebahagian daripada bekalan makanan pasukan.

Advertisement

Malah, pasukan berkenaan turut membawa tiga cef khas dari Norway untuk menyediakan hidangan harian skuad termasuk penyerang utama, Erling Haaland bagi memastikan pemain kekal dengan diet kebiasaan mereka.

“Matlamat utama adalah memastikan pemain kekal dengan makanan yang mereka biasa makan sejak kecil supaya prestasi tidak terjejas,” menurut akhbar Perancis, Le Parisien.

Dalam perkembangan sama, Argentina turut menjadi perhatian apabila dilaporkan membawa kira-kira 900kg daging lembu ke Amerika Syarikat sebagai sebahagian tradisi pemakanan pasukan.

Advertisement

Daging lembu itu digunakan untuk hidangan barbeku yang menjadi sebahagian budaya skuad kebangsaan Argentina, amalan yang turut dilakukan ketika Piala Dunia 2022 di Qatar.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Italy 26 Home Pre-Match Jersey Men White JY5633

adidas Football Italy 26 Home Pre-Match Jersey Men White JY5633

adidas Football PREDATOR GOALKEEPER GLOVE MATCH FINGERSAVE Unisex Blue KA7785

adidas Football PREDATOR GOALKEEPER GLOVE MATCH FINGERSAVE Unisex Blue KA7785

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Entrada26 Shorts Men Black JZ2521

adidas Football Entrada26 Shorts Men Black JZ2521

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

Must Watch Video

Advertisement