Skip to main content

Sukan

Rali, F1 atau Drift? Ini Perbezaan Yang Ramai Masih Keliru

Rali, F1 atau Drift? Ini Perbezaan Yang Ramai Masih Keliru

Sekilas

  • Sukan permotoran rali, Formula Satu (F1) dan drift mempunyai objektif, teknik pemanduan dan cabaran yang berbeza walaupun semuanya melibatkan kelajuan tinggi.
  • Rali fokus pada laluan mencabar dengan pacuan semua roda, F1 menitikberatkan kelajuan maksimum di litar dengan teknologi aerodinamik, manakala drift menilai gaya pemanduan dan kawalan gelongsor menggunakan pacuan roda belakang.
  • Filem Terbang yang mengangkat kisah legenda rali negara, Karamjit Singh, akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada September ini.
Advertisement

Bagi mereka yang bukan peminat sukan permotoran, kereta rali, Formula Satu (F1) dan drift mungkin kelihatan sama kerana semuanya memerlukan kelajuan tinggi.

Hakikatnya, ketiga-tiga itu mempunyai objektif, teknik pemanduan dan cabaran yang sangat berbeza.

Advertisement

Bagi sukan rali, matlamat utama ialah mencatat masa terpantas di laluan mencabar seperti jalan tanah, batu kerikil atau asfalt dengan keadaan permukaan yang sentiasa berubah.

Tidak seperti F1, perlumbaan rali tidak berlangsung di litar tetap, sebaliknya di laluan hutan, gunung dan kawasan luar bandar yang menguji ketahanan mental serta kemahiran pemandu mengawal jentera.

Kebanyakan kereta rali juga menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) bagi memastikan cengkaman lebih baik di permukaan licin atau tidak rata.

Selain kelajuan, pelumba rali perlu mahir melakukan teknik membrek, menggelongsor (slide) dan mengawal kenderaan mengikut keadaan laluan.

Berbeza pula dengan Formula Satu yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada kelajuan maksimum di litar perlumbaan.

Jentera F1 menggunakan pacuan roda belakang (RWD) dengan teknologi aerodinamik yang canggih bagi menghasilkan downforce tinggi untuk membolehkan kereta mengambil selekoh pada kelajuan maksimum.

Dalam perlumbaan F1, strategi tayar, hentian pit serta pemilihan garisan perlumbaan terbaik menjadi faktor penting dalam menentukan kemenangan.

vbfdg

Sementara itu, drift pula bukan mengenai siapa paling laju, sebaliknya menilai gaya pemanduan dan kawalan ketika mengambil selekoh secara menggelongsor.

Kebanyakan kereta drift menggunakan pacuan roda belakang (RWD) kerana lebih mudah menghasilkan gelongsoran terkawal.

Peserta akan dinilai berdasarkan sudut drift, kelancaran, kelajuan, jarak dengan lawan serta gaya pemanduan, bukannya catatan masa.

Teknik seperti counter-steer dan kawalan pendikit minyak menjadi elemen utama dalam disiplin tersebut.

Walaupun berbeza dari segi konsep, ketiga-tiga sukan permotoran itu tetap menuntut kemahiran tinggi, keberanian serta disiplin yang luar biasa daripada setiap pemandu.

Malah, dunia rali kini kembali menjadi perhatian apabila kisah legenda rali negara, Karamjit Singh diangkat ke layar perak menerusi filem Terbang.

Filem terbitan Astro Shaw ini dibarisi pelakon hebat seperti Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.

Terbang dijangka menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September ini.

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement