Skip to main content
Advertisement

Antarabangsa

Roberto Carlos Nafi Peluk Islam: “Saya Sangat Menghormati…”

Roberto Carlos Nafi Peluk Islam: “Saya Sangat Menghormati…”

Sekilas

  • Roberto Carlos menafikan dakwaan bahawa beliau telah memeluk Islam walaupun berita tersebut tersebar luas di media Turki.
  • Beliau menyatakan penghormatan yang tinggi terhadap agama Islam dan menjelaskan majlis perkahwinannya diadakan mengikut adat dan kepercayaan keluarga masing-masing.
  • Spekulasi mengenai keislaman Carlos timbul selepas kenyataan seorang ahli parlimen Turki dan foto perkahwinannya dengan isteri berketurunan Maghribi mencetuskan kekeliruan.
Advertisement

Selepas tersebar luas berita mengenai dirinya telah memeluk Islam, legenda bole sepak, Roberto Carlos akhirnya bersuara.

Carlos, 53, menafikan dirinya telah memeluk Islam seperti yang dilaporkan kebanyakan media Turki. Namun atlet tersebut memberitahu beliau sangat menghormati agama Islam.

Advertisement

“Saya sangat menghormati agama Islam. Adalah perkara yang indah juga melihat isteri saya solat.

“Namun khabar mengenai saya telah memeluk Islam adalah tidak benar,” ujar Carlos seperti dilaporkan akhbar Arab Saudi, Okaz.

Pemain Real Madrid ini juga menambah: “Majlis keraian perkahwinan kami diadakan di banyak tempat.

Advertisement

“Jadi ada majlis yang dilakukan sesuai mengikut adat dan kepercayaan setiap keluarga.

“Misalnya ada dalam kalangan  keluarga beragama Katolik, maka ia dilakukan dalam upacara sesuai. Kemudian ada acara sesuai tetamu isteri saya yang beragama Islam.”

Spekulasi Carlos telah memeluk Islam tersebar selepas satu hantaran oleh Ali Sahin, ahli parlimen Turki daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), yang berkongsi mengenai pertemuannya dengan beberapa wakil komuniti Muslim di Brazil.

Menerusi akaunnya di platform X, Sahin berkata beliau bertemu Sheikh Jihad Hamada yang menetap di São Paulo ketika mengadakan kunjungan ke Brazilian Charitable Union of Muslim Youth.

Hamada didakwa telah memberitahunya bahawa Carlos telah memeluk Islam.

Pada masa sama, foto perkahwinannya dengan wanita berketurunan Maghribi yang berasal dari Sepanyol , El Tahiri turut menimbulkan kekeliruan tentang pegangan agama Carlos.

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Hot Kasut Convese All Starr Low Cut Ready Stock

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Must Watch Video

Advertisement