Ringkasan AI
- Raheem Sterling, pemain sayap Chelsea, mengalami kejadian rumahnya dipecah masuk di Berkshire, England pada Sabtu lalu.
- Beberapa individu bertopeng memecah masuk ketika Sterling dan anak-anaknya berada di rumah.
- Sterling bertindak berani dengan merampas senjata perompak untuk melindungi keluarganya.
- Jurucakap Sterling mengesahkan keluarga pemain itu dalam keadaan selamat dan polis sedang menyiasat kejadian tersebut.
- Ini merupakan kali kedua Sterling menghadapi situasi pecah rumah, kali pertama berlaku semasa Piala Dunia Qatar 2022.
Pemain sayap pasukan Chelsea, Raheem Sterling berdepan dengan detik cemas apabila rumahnya yang terletak di Berkshire, Tenggara England, dipecah masuk pada Sabtu lalu.
Menurut laporan ESPN, ketika kejadian, beberapa individu bertopeng dilaporkan memecah masuk sewaktu Sterling dan anak-anaknya berada di rumah.
Terkejut dengan kejadian itu, pemain yang pernah bermain di kelab hebat seperti Liverpool dan Machester City dengan beraninya merampas senjata perompak bagi mempertahankan keluarganya.
Sementara itu, jurucakap bagi pihak Sterling mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.
Ketika artikel ini ditulis, pihak polis masih menjalankan siasatan dan tiada tangkapan dibuat.
Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Sterling berdepan situasi cemas seperti ini. Kali pertama berlaku sewaktu dirinya sedang berjuang mewakili pasukan England di Piala Dunia Qatar pada 2022 lalu.
Sumber: ESPN