Sekilas
- Muhammad Azeem Mohd Fahmi mengalami kecederaan ketika final 100 meter lelaki Sukan Asia Aichi Nagoya 2026 yang menggagalkan peluangnya untuk naik podium.
- Pelari berusia 22 tahun itu tetap positif dan berterima kasih kepada pasukan serta Institut Sukan Negara atas sokongan selepas perlumbaan.
- Azeem akan menjalani pemeriksaan lanjut untuk mengetahui tahap kecederaan dan berjanji akan terus berjuang mewakili Malaysia.
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memilih untuk kekal positif selepas kecederaan menggagalkan perjuangannya dalam final acara 100 meter lelaki Sukan Asia Aichi Nagoya 2026.
Azeem mengalami kecederaan ketika final pada Jumaat, sekali gus menyaksikan impiannya untuk menaiki podium tidak kesampaian selepas sebelum itu berjaya melepasi pusingan awal dan separuh akhir. Dalam saringan, pemegang rekod kebangsaan berusia 22 tahun itu mencatat 10.17 saat untuk memenangi saringannya.
Menerusi perkongsian di Instagram Story selepas perlumbaan, Azeem mengakui kecederaan merupakan antara perkara yang paling ditakuti oleh mana mana atlet.
“Things happen for a reason. That is one thing that I always hold on to.
“Scariest thing in this sports is injury and I believe none of the athletes want to go through that.
“I been doing everything that I could to make sure I end up at where I wanted to be, but God has a better plan,” tulisnya.
Azeem turut mengimbas perjalanan panjangnya sepanjang musim ini yang menyaksikan dia berdepan pelbagai perlumbaan, cabaran dan latihan sejak Januari.
“Long season, been running since January, countless races, setback, reps, training and a lot more.
“But this is not the end,” tulisnya lagi.
Azeem turut berterima kasih kepada pasukannya serta Institut Sukan Negara (ISN) yang terus berada di sisinya sejurus perlumbaan tamat.
Menurutnya, dia akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti tahap sebenar kecederaan tersebut.
“Thank you so much to my team, ISN and everyone else who came straight to me right after the race finished.
“Will get a further check up and hoping nothing serious so that I can keep repping Malaysia at this games,” tambah Azeem.
Dalam masa sama, Azeem turut menitipkan penghargaan kepada mereka yang terus memberikan sokongan, malah turut mempunyai pesanan ringkas buat individu yang masih meragui kemampuannya.
“For those who keep supporting me until today, I love you.
“For those who still doubt me, thank you,” tulisnya.

Terdahulu, persaingan Azeem dengan pelari Thailand, Puripol Boonson menjadi antara tumpuan utama acara 100m lelaki. Kedua duanya merupakan pemenang pingat pada Sukan Asia Hangzhou sebelum ini dengan Puripol meraih perak manakala Azeem membawa pulang gangsa.
Bagaimanapun, final kali ini menjadi milik Puripol yang meraih pingat emas dengan catatan rekod temasya, manakala kecederaan menjejaskan larian Azeem.
Sumber: Instagram Azeem Fahmi / The Star