Skip to main content

Selebriti

Syed Saddiq Terharu, Syukur Kutip RM54,692 Hari Pertama Larian Kesyukuran Muar - “Saya Yang Berlari Tapi Anda Yang Gerakkan Perjalanan Ini…”

Saddiq run

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berjaya mengumpul RM54,692 pada hari pertama Larian Kesyukuran Muar yang berlangsung selama empat hari.
  • Larian ini bertujuan mengumpul dana sebanyak RM200,000 untuk Foodbank Muar dan penyediaan iPad kepada pelajar di kawasan tersebut.
  • Saddiq memulakan larian dari Putrajaya ke Muar sebagai simbol kesyukuran selepas perjuangan membersihkan nama selama enam tahun.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa syukur apabila berjaya mengumpulkan sebanyak RM54,692 pada hari pertama penganjuran Larian Kesyukuran Muar, hasil sokongan dan sumbangan orang ramai.

Saddiq memaklumkan berita gembira itu menerusi satu hantaran di platform media sosial rasminya.

Advertisement

Menurut Saddiq, dia berasa terharu melihat sambutan yang diterima sepanjang larian tersebut apabila ramai sanggup menunggu di tepi jalan bagi memberi semangat dan mendoakan kejayaannya.

“RM54,692 berjaya kita kumpul pada hari pertama Larian Kesyukuran Muar!

“Dari Putrajaya ke Salak Tinggi, kemudian Labu…ramai menunggu di tepi jalan untuk beri semangat dan mendoakan kami.

“Sampai di Labu, saya terkejut melihat lautan manusia yang masih menunggu walaupun sudah malam,” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Saddiq memaklumkan sasaran kutipan bagi program berkenaan ialah sebanyak RM200,000 di mana hasilnya akan dimanfaatkan untuk inisiatif Foodbank Muar serta penyediaan iPad kepada pelajar di Muar.

“Saya yang berlari, tetapi anda semua yang menggerakkan perjalanan ini.

“Sasaran kita RM200,000 untuk Foodbank & iPad Muar.  sumbang? Check B1o/Profile. This is only the beginning,” maklumnya.

Terdahulu, Saddiq telah pun memulakan Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Laman Maharani, Muar.

Larian yang berlangsung selama empat hari bermula Khamis adalah dengan sasaran mengumpul dana RM200,000 bagi membantu golongan memerlukan di kawasan itu.

Menurut Saddiq, larian itu merupakan simbol kesyukuran selepas beliau melalui perjuangan selama enam tahun bagi membersihkan namanya, selain mahu berkongsi rezeki dengan masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement