Skip to main content

Selebriti

Syatilla Melvin Tak Tergamak Nak Sebut Perkataan ‘B40’, Anggap Semua Orang Sama Saja - “Kenapa Eh Kena Ada Mindset…”

ASTROGEMPAK Syatilla (1)

Sekilas

  • Syatilla Melvin meluahkan rasa kurang selesa menggunakan istilah ‘B40’ untuk merujuk golongan berpendapatan rendah, terutama dalam konteks menghina.
  • Beliau menegaskan bahawa ramai keluarga dan penyokong bisnes sebenarnya termasuk dalam golongan tersebut.
  • Syatilla menyeru masyarakat supaya buang mentaliti membezakan darjat dan mengelakkan jurang sosial yang tidak sihat.
Advertisement

Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin meluahkan rasa kurang selesa untuk menggunakan istilah ‘B40’ apabila merujuk kepada golongan berpendapatan rendah.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Syatilla berkata dia sendiri tidak tergamak untuk menyebut istilah berkenaan, apatah lagi jika digunakan dalam konteks menghina.

 

“Tak tahulah kenapa, tapi untuk aku nak sebut perkataan B40 pun rasa tak tergamak sangat, apatah lagi nak menghina. Keluarga, adik-beradik kita semua dalam golongan itu.

 

“Yang sokong bisnes pun 70 peratus daripada mereka,” katanya.

 

Menurut Syatilla atau mesra disapa Tilla, masyarakat seharusnya membuang mentaliti membezakan darjat sesama sendiri.

Katanya, tanggapan seperti ‘kelas kita tak sama’ hanya mewujudkan jurang yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

 

“Kenapa eh perlu ada mindset ‘class kita tak sama’? Tak dinafikan manusia ini macam-macam perangai dia, tapi hujung-hujung kita semua sama saja.

 

“Faham tak maksud Tilla?” ujarnya lagi.

 

Rata-rata wargamaya turut bersetuju dengan pendapat Syatilla yang juga seorang aktres dan usahawan. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement