Skip to main content

Selebriti

Syifa Melvin Dedah Arif Aiman & Nurul Aliah Natasha Sudah Lama Bercinta, Tumpang Gembira Lihat Mereka Disatukan - “Ketika Itu Dia Dan Pawi Pun Nakal Lagi”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Syifa Melvin mengucapkan tahniah kepada pemain JDT, Arif Aiman dan isterinya, Nurul Aliah Natasha, yang baru sahaja berkahwin.
  • Syifa berkongsi bahawa dia sudah mengenali Arif sejak zaman akademi bola sepak bersama suaminya, Safawi Rasid.
  • Majlis perkahwinan pasangan tersebut diadakan secara sederhana di Johor Bahru dan mendapat perhatian ramai di media sosial.
Advertisement

Pelakon Syifa Melvin menzahirkan ucapan tahniah buat pemain Johor Darul Ta'zim, Arif Aiman dan isterinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri yang selamat mendirikan rumah tangga, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Syifa meluahkan rasa gembira apabila pasangan tersebut akhirnya disatukan selepas sekian lama menjalinkan hubungan cinta dan mengenali hati budi masing-masing.

Advertisement

“Tahniah Messi dan Lia atas perkahwinan kalian. Akhirnya, selepas lama mereka bercinta dan kenal hati budi masing-masing,” tulisnya.

Isteri kepada pemain bola sepak Safawi Rasid itu turut berkongsi bahawa dia sudah mengenali Arif sejak pemain berkenaan masih berada di akademi bola sepak bersama suaminya.

“Kenal Messi sejak dia di akademi lagi dan ketika itu dia dan Pawi pun nakal lagi. Sekarang, kedua-duanya dah matang dan telah menjadi suami orang,” ujarnya.

Advertisement

Dalam pada itu, Syifa turut menitipkan doa agar rumah tangga Arif dan isterinya berkekalan hingga ke syurga selain memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pasangan tersebut.

“Semoga kalian bahagia sampai ke syurga. Maaf kami tidak dapat hadir ke majlis kalian, tetapi doa kami sentiasa mengiringi AA & Lia,” katanya lagi.

Sekadar rekod, Arif selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri dalam sebuah majlis sederhana yang dipercayai berlangsung di Johor Bahru.

Sebelum ini, kad undangan pernikahan pasangan berkenaan turut tular di media sosial sehingga mencetuskan keterujaan dalam kalangan penyokong Harimau Selatan serta peminat bola sepak tempatan.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

(28-40)Seluar cargo straight cut 6 pocket,comfortable to wear ada available stock

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Must Watch Video

Advertisement