Skip to main content

Selebriti

“Tak Akan Lupakan Sampai Bila-Bila” - Rita Rudaini Kongsi Ujian Hidup, Dakwa Pernah Tak Dapat ‘Job’ Selama Empat Tahun

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalaman sukar apabila tidak menerima tawaran kerja selama hampir empat tahun dan tidak dibenarkan keluar rumah.
  • Walaupun menghadapi cabaran itu, Rita percaya dia tidak keseorangan dan menganggap ujian tersebut ada hikmah tersendiri.
  • Rita juga menegaskan dia seorang yang kuat pendirian dan tidak mudah berganjak selagi yakin berada di jalan yang benar.

Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalaman paling berat yang pernah dilaluinya sepanjang hidupnya.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita mendedahkan dia pernah melalui fasa sukar apabila tidak menerima sebarang tawaran pekerjaan selama hampir empat tahun, malah mendakwa dirinya tidak dibenarkan keluar dari rumah.

“Ujian kesabaran terhebat dalam hidup saya selama 50 tahun ini adalah saya dapat bersabar dan bertahan hampir empat tahun tanpa sebarang tawaran pekerjaan.

“Saya tidak dibenarkan keluar dari rumah. Ramai tag saya supaya saya mereput dalam rumah,” tulisnya.

Walaupun berdepan situasi tersebut, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu percaya dia tidak pernah bersendirian dan menganggap setiap ujian yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Tapi, saya tahu saya tak keseorangan. Saya ada Tuhan. Dia uji saya sebab bersebab. Saya tidak akan lupakan sampai bila-bila,” ujarnya.


Dalam pada itu, Rita turut menyifatkan dirinya sebagai seorang yang tetap dengan pendirian dan tidak mudah berganjak selagi dia yakin berada di jalan yang benar.


“Saya seorang yang kuat berpegang pada tali. Apa pun terjadi, saya tidak akan lepaskan kalau saya yakin saya di jalan yang benar,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement