Skip to main content

Tak Bergantung Pada AI, Symbol Pilih Cara Organik Hasilkan Muzik

Astrogempak RAYME

Sekilas

  • Kumpulan Symbol yang ditubuhkan sejak 2020 menggabungkan genre hip-hop, pop dan balada dengan karya yang dihasilkan sendiri tanpa bergantung pihak luar.
  • Mereka memilih pendekatan muzik organik tanpa bantuan teknologi AI, menekankan kreativiti dan idea manusia dalam setiap lagu.
  • Symbol bakal membuat debut rasmi pada pertengahan tahun ini dengan harapan memperkenalkan identiti muzik unik dalam industri tempatan.

Ditubuhkan sejak tahun 2020, kumpulan Symbol mengakui baru mempunyai kesempatan untuk aktif mengorak langkah dalam industri muzik tempatan

Symbol yang dianggotai oleh Rayme selaku ketua dan vokalis, Zeno (rapper), Ezly (vokalis), Sutu (rapper) dan Megat (vokalis) mengetengahkan gabungan genre hip-hop, pop dan balada, selain menghasilkan karya secara bebas tanpa bergantung kepada pihak luar.

“Kami self-produce, tulis sendiri dan compose sendiri. Walaupun bawa genre berbeza seperti hip-hop, pop dan balada, kami nak pastikan tetap ada ‘sound Symbol’ yang orang boleh kenal,” kata Rayme mewakili Symbol.

Tambah kumpulan ini, walaupun belum membuat debut rasmi, mereka berharap identiti muzik yang dibina akan menjadi kekuatan utama apabila karya pertama dilancarkan kelak.

Dalam masa sama, Symbol turut berkongsi pendirian mereka terhadap penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri muzik.

Walaupun tidak menolak penggunaannya, mereka memilih untuk kekal dengan pendekatan organik.

“Untuk kami, kami nak fokus kepada ‘purely human’. Idea, melodi dan lirik semuanya datang daripada kami sendiri tanpa bantuan AI.

“Tapi kami tak halang orang lain guna AI. Ia teknologi masa kini dan boleh dimanfaatkan, cuma perlu digunakan dengan bijak tanpa mengambil alih kreativiti manusia,” ujar Ezly.

Bakal debut pada pertengahan tahun ini, Symbol optimis mampu memperkenalkan warna baharu dalam industri muzik tempatan sebaik sahaja mereka melancarkan karya sulung nanti.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement