Skip to main content

Selebriti

"Tak Perlu Jadi Terpaling Tahu" - Nad Zainal

"Tak Perlu Jadi Terpaling Tahu" - Nad Zainal

Sekilas

  • Pelakon Nad Zainal menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat peribadi atau aib orang lain selepas kes kebocoran data Khairul Aming.
  • Maxis memohon maaf dan mengesahkan telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kebocoran data serta akan mengambil tindakan tegas.
  • MCMC dan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, sedang menyiasat dakwaan kebocoran data yang menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan maklumat peribadi.
Advertisement

Pelakon, Nad Zainal memberi pesanan terbuka kepada orang ramai untuk menjadikan isu kes kebocoran data peribadi milik pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming sebagai sebuah pengajaran yang bermakna.

Menerusi perkongsian di Threads, Nad berpesan supaya tidak menyebarkan aib atau maklumat peribadi seseorang pada umum yang akhirnya hanya akan memakan diri sendiri.

Advertisement

“Untuk peringatan semua. Beringat-ingatlah kita. Tak Perlu jadi terpaling tahu. 

“Simpan aib dan info peribadi orang. Tak perlu nak sebar-sebar. Sama sahaja. Pada akhirnya nanti, awak juga yang merana dan hidup tidak tenang,”tulisnya.

Sebelum ini, Khairul meluahkan rasa terkejut apabila seorang pengguna media sosial mendedahkan maklumat bil telefon peribadinya selepas meninggalkan komen mendakwa dia mempunyai tunggakan bil di Threads.

Susulan insiden itu, syarikat telekomunikasi Maxis tampil membuat permohonan maaf dan memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan kebocoran maklumat tersebut.

Maxis turut memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu berkenaan selaras dengan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.

Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran data peribadi pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang tular di media sosial.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan, dakwaan berkenaan telah menimbulkan kebimbangan yang memberi gambaran terdapat individu tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat peribadi serta sistem inventori milik sebuah syarikat telekomunikasi.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement