Skip to main content

Selebriti

“Tak Sanggup Aku Nak Tengok VIdeo Itu Sampai Habis, Luluh Rasa Hati…” - Shera Aiyob

Shera Aiyob

Sekilas

  • Seorang gadis berusia 13 tahun dilaporkan dipukul beramai-ramai oleh lima pelajar lain akibat salah faham, dengan kejadian yang videonya tular sejak Rabu lalu.
  • Isteri aktor Zahiril Adzim, Shera Aiyob, berkongsi rasa sedih dan prihatin terhadap kejadian tersebut serta menzahirkan doa agar anak-anak sentiasa dilindungi.
  • Pihak polis Kota Kinabalu menerima laporan daripada mangsa dan sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden itu.

Sebuah video memperlihatkan seorang gadis berusia 13 tahun didakwa dipukul beramai-ramai sejak Rabu lalu menerima pelbagai respons di media sosial.


 

Isteri kepada aktor Zahiril Adzim iaitu Shera Aiyob menerusi Threads bagaimanapun berkata dia tidak sanggup untuk melihat video yang tular tersebut sehingga habis.


 

“Apa punca anak perempuan umur 13 tahun yang dipukul beramai-ramai tu ya? Tak sanggup la aku nak tengok video tu sampai habis. Luluh rasa hati,” kongsinya.


 

Pada perkongsian yang sama, Shera juga beranggapan generasi muda zaman kini berani melakukan perbuatan yang salah.


 

Shera turut menitipkan doa buat semua anak-anak di luar sana agar sentiada dalam lindungan Allah dan dijauhkan dengan perkara tidak baik.


 

“Anak-anak sekarang terlebih berani, tetapi tidak digunakan di ruang yang betul 😢.


 

“Moga anak-anak kita semua sentiasa dalam lindunganNya dan dijauhi dari segala perkara yang tidak baik,” ujarnya.


 

Untuk info, salah faham dan rasa tidak puas hati dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dipukul beramai-ramai dalam kejadian yang videonya tular di media sosial sejak Rabu.


 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu, mangsa berusia 13 tahun dilaporkan mengalami lebam pada bahagian bahu, kaki dan telinga kiri selain luka kecil pada lutut selepas dipukul lima pelajar perempuan lain.


 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa sendiri pada keesokan harinya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement