Skip to main content

“Takpe Pa, Biar Orang Nampak Kita Jahat, Biar Orang Buat Dan Khianat Kita” - Uqasha Senrose

dvdb

Kemelut rumah tangga pasangan sensasi, Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus menjadi perhatian ramai selepas aktres itu tampil mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Situasi tersebut dilihat semakin meruncing apabila bapa kepada Uqasha, Nik Sen Mat Rifin secara terbuka menggesa agar menantunya, Kamal Adli melepaskan anak perempuannya serta mempercepatkan proses perceraian.

Malah, Nik Sen turut melabelkan Kamal sebagai lelaki dayus kerana didakwa telah menyeksa mental dan fizikal anaknya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Terbaharu, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menerusi akaun Threads miliknya tampil meninggalkan komen pada satu hantaran yang mengulas mengenai kecaman netizen terhadap bapanya susulan kenyataan tersebut.

Menerusi komen tersebut, aktres itu tetap berdiri teguh mempertahankan bapanya meskipun berdepan kecaman orang ramai.

dgb

“Tak apa pa. Biar orang nampak kita jahat pa, biar orang buat dan khianat kita. Orang hanya nampak luaran. Allah Maha Besar pa,” tulisnya disertakan emoji wajah menangis.

Terdahulu, Uqasha mendedahkan dirinya berdepan keganasan rumah tangga yang berlarutan sehingga mendorongnya memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal.

Menurut dakwaannya, penderaan tersebut berlaku sepanjang tempoh empat tahun perkahwinan mereka termasuk ketika hamil sehingga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Sebelum ini, prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara kedua-dua keluarga dilaporkan gagal mencapai kata sepakat apabila Kamal masih ingin mempertahankan rumah tangga mereka.

Susulan itu, Hakim Mahkamah Syariah melantik hakam atau perunding tara bagi kedua-dua pihak untuk proses selanjutnya yang dijadualkan berlangsung pada 12 Januari 2026.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement