Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2: Pernah Lalui Pengalaman Yang Sama, Thalita Akui Menangis Lihat Situasi Ammara - “Orang Kata Kita Anak Emas Padahal…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Thalita gembira bakat nyanyiannya semakin mendapat perhatian dan membuktikan dia ada bakat semula jadi walaupun masih banyak perlu dipelajari.
  • Pengalaman dalam program Talk To My Manager membantu Thalita memperkuatkan vokal dan dia menegaskan usaha latihan yang dilakukan sering terlepas pandang orang ramai.
  • Thalita turut simpati dengan rakan baiknya, Ammara, yang menerima kecaman netizen dan berasa bangga dapat keluarkan lagu OST drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar buat pertama kali.
Advertisement

Penyanyi, Thalita meluahkan rasa gembira selepas bakat nyanyianya kini semakin mendapat perhatian dan tempat di hati kalangan peminat.

Menurut Thalita, dia dapat membuktikan pada orang ramai bahawa dia juga mempunyai bakat semula jadi meskipun mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya.

Advertisement

“Walaupun saya banyak kekurangan tetapi saya bangga dengan pencapaian diri saya dan dapat buktikan yang saya ada bakat semula jadi,”katanya kepada Gempak.

Thalita berkata demikian ketika ditemui di program MeleTOP yang berlangsung di Bukit Jalil pada Selasa malam.

Dalam masa sama, Thalita juga berkongsi bahawa penyertaanya dalam program realiti, Talk To My Manager musim lalu telah banyak mengajarinya dalam pelbagai aspek terutama dari segi kekuatan vokal.

“Waktu TTMM saya gila-gila praktis. Saya tak makan coklat, manisan dan minum ais. Saya praktis setiap hari sampai tidur pun dua jam sahaja,”ujarnya.

Bagaimanapun, anak kepada pelawak Shuib itu mengakui bahawa masih ramai yang hanya memandang penyanyi dari segi nyanyiannya, namun sering terlepas pandang soal usaha dan pengorbanan seseorang penyanyi itu ketika sesi latihan.

“Orang hanya menilai dari segi kita menyanyi sahaja dan tak nampak pun usaha praktis,”kongsinya.

Bukan itu sahaja, Thalita turut mengimbau kembali momen bakatnya tidak diterima oleh segelintir netizen, malah turut simpati perkara tersebut kini terjadi pada rakan baiknya pula iaitu bintang TTMM musim kedua, Ammara.

Katanya lagi, dia mengakui gagal menahan air matanya kerana kasihan melihat anak kepada Pak Azad itu.

“Sama seperti rakan baik saya, Ammara. Dia sangat sweet orangnya dan banyak praktis. Kalau awak tanya dia sebanyak mana dia drain, dia sangat drain. 

“Korang janganlah kecam dia. Saya pun pernah berada situasi dia. Saya sangat sedih lihat situasi Ammara sampai saya sendiri pernah menangis. Saya rasa kasihan sebab saya tahu macam mana perasaan bila orang kata kita anak emas padahal tidak pun,”katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Thalita juga meluahkan rasa gembira apabila berjaya mengeluarkan lagu OST drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar iaitu Bayang Kelam buat pertama kalinya, meskipun baru menempah nama di dalam industri seni.

“Saya sangat gemuruh dan gembira sebab lagu OST saya sangat best dan drama pun menarik. Mula-mula saya rasa saya kena buat yang lebih baik sebab line-up semua besar tetapi insyallah saya akan perbaiki pada masa akan datang,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

Must Watch Video

Advertisement