Skip to main content

Selebriti

“Tapi Ditakdirkan Saya Tak Dapat Pergi…” - Yusry Sebak Kenang Tiada Rezeki Tunai Haji Bersama Isteri Tercinta

ASTROGEMPAK Yusry (1)

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim berkongsi rasa sedih kerana tidak dapat menunaikan haji bersama isteri, Datin Lisa Surihani, walaupun sudah menyusun jadual rapi.
  • Yusry menjelaskan komitmen panjang dan penggambaran menjadi sebab utama dia terpaksa membatalkan niat menunaikan ibadah haji tahun ini.
  • Seorang individu yang memuat naik video tersebut mendoakan agar Yusry akan berpeluang menjejak kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti.

Tular rakaman pendek penyanyi, pengarah dan pelakon Datuk Yusry Abdul Halim meluahkan rasa sedih apabila dia tidak dapat pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. 

 

Menerusi video itu, Yusry berkata biarpun sudah menyusun jadual namun dia ditakdirkan tidak dapat menyertainya isteri iaitu aktres Datin Lisa Surihani menunaikan ibadah haji. 

 

“Komitmen yang panjang dan sebahagian darinya adalah tempoh penggambaran. Saya sepatutnya pergi haji tahun ini dengan isteri. Saya dah susun jadual semuanya akan selesai sebelum itu. 

 

“Tapi ditakdirkan saya tak dapat pergi… hmm bukan rezeki saya,” kata Yusry dalam keadaan sebak. 

 

Dalam pada itu, seorang individu yang memuat naik video tersebut berkata dia tidak mampu melihat keadaan pelakon drama Dendam Seorang Mentua itu bersedih. 

 

Namun individu berkenaan menitipkan doa agar pelakon berusia 53 tahun itu akan menjejak kaki di Tanah Suci satu hari nanti. 

 

“Saya tak boleh tengok Datuk Yusry sedih. Insya-Allah akan sampai masanya nanti. Mesti ada hikmah disebalik semua kejadian,” tulisnya. 

 

Terdahulu ahli kumpulan KRU ini meluahkan rasa rindu terhadap isteri tercinta yang kini sedang menunaikan ibadah haji di Makkah sejak 7 Mei lalu. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement