Sekilas
- Video Khairul Aming terlelap sambil pegang telefon tular di Threads, menimbulkan rasa simpati wargamaya.
- Keletihan Khairul Aming dilihat pada hari pertama pembukaan restoran barunya, Rembayung, mendapat perhatian ramai.
- Wargamaya berharap Khairul Aming jaga kesihatan dan mendapat sokongan dari bakal isteri yang memahami.
Tular sebuah video di platform Threads yang memperlihatkan usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming terlelap dalam keadaan duduk sambil memegang telefon bimbitnya.
Menerusi perkongsian itu, individu yang memuat naik video itu berharap Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA menjaga kesihatan dan memerlukan rehat yang cukup.
“Saya harap anda baca ini… tolong jaga kesihatan diri, anda perlu rehat secukupnya,” tulis individu tersebut.
Rata-rata wargamaya turut meluahkan rasa simpati melihat keadaan Khairul Aming yang keletihan pada hari pertama pembukaan restauran miliknya, Rembayung.
“Kesian KA, bakal suami siapa la ni ye, semoga yang berjodoh dengan KA dapat jaga KA dengan betul-betul la ye. Kat rumah jangan bagi KA buat kerja pula. Kat luar dah bermatian KA susah payah cari rezeki untuk Kamu. Semoga KA dapat bakal isteri yang memahami cintakan dan sayangkan dia bukan sebab harta.
“Sebak pulak tengok @khairulaming letih sampai macam tu. That level of tiredness is understandable because he always strive to do his best in everything he does, mentally and physically. On top of that, he has to strive emotionally going through comments & condemnation on social media. May God always protect this young man.
“Kesian sungguh. Semata-mata nak beri yang terbaik ketika hari pembukaan perniagaan baharunya. Seriously tabik spring for his ever high spirited self walau berapa banyak dugaan yang beliau telah dan perlu hadapi,” komen wargamaya.
Sumber - Threads