Skip to main content

Selebriti

“Tiba Yang Tak Puas Hati Pergi Petik Fasal Cerai…” - Kamal Adli

Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli menegur individu yang kaitkan isu perceraian dengan kenyataannya tentang bola sepak baru-baru ini.
  • Kamal jelaskan dia pilih Spain untuk menang Piala Dunia sebab pasukan kegemarannya, Portugal dan Brazil, sudah tewas.
  • Individu tersebut dakwa Kamal kurang cerdik sebagai punca perceraian, namun Kamal menegaskan dia tidak mengganggu sesiapa.
Advertisement

Pelakon Kamal Adli menegur tindakan seorang individu yang secara tiba-tiba mengaitkan isu perceraiannya dengan bekas isteri, Uqasha Senrose gara-gara kenyataannya tentang bola sepak baru-baru ini.

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Kamal menjelaskan dia menjangkakan kemenangan Spain disebabkan pasukan kegemarannya iaitu Portugal dan Brazil sudah tewas. 

 

“Semalam wartawan tanya saya pilih Argentina atau Spain untuk menang World Cup, saya jawab jela Spain dah dua team tu saja yang ada. Tak kan nak cakap sekolah Bukit Nenas pula kan. 

 

“Dah dua-dua team saya, Brazil dan Portugal dah out tak kan nak acah-acah pula. Support je sebab fans bola. Cakap Spain fasal ada Yamal dan dia muslim tu je alasan yang ada pun dek. 

 

“Tiba-tiba yang tak puas hati pergi petik fasal cerai la apa la… wey rilek la bang fasal bola je dude!” kata Kamal. 

 

Pada hantaran lain, pelakon berusia 40 tahun itu juga memberitahu dia tidak menganggu individu berkenaan. 

 

“Saya tak kacau abang pun bang,” ujarnya lagi dengan turut memuat naik paparan skrin komen individu tersebut. 

 

Menerusi komen individu tersebut berkata punca Uqasha ingin bercerai disebabkan Kamal didakwa kurang cerdik. 

 

“Baru aku faham kenapa bini minta cerai… sebab memang bodoh,” tulis individu berkenaan. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement