Skip to main content

Viral

“Tidak Semua Yang Pergi Itu Satu Kehilangan…” - Noor Nabila 

ASTROGEMPAK Nabila

Sekilas

  • Noor Nabila berkongsi di Instagram tentang perjalanan hidupnya yang penuh cabaran namun membentuk dirinya menjadi lebih kuat dan tenang.
  • Dia menerima bahawa tidak semua perkara yang sepatutnya kekal akan terus kekal dan melihat setiap perubahan sebagai ruang baru yang dibuka oleh Allah.
  • Hari ini, Nabila berdiri dengan rasa syukur, ketenangan jiwa, dan kepercayaan terhadap masa depan yang akan datang.

Perkongsian usahawan, Noor Nabila menerusi Instagram miliknya yang mengungkapkan isi hatinya tentang apa yang sedang dilalui ketika ini telah meraih perhatian ramai.

 

Menerusi hantaran itu, Nabila berkongsi mengenai perjalanan hidup yang tidak selalu mudah untuk difahami, namun membentuk dirinya menjadi lebih kuat dan tenang.

 

“Hidup berjalan dengan cara yang tidak selalu saya fahami. Ada bab yang terasa berat, ada pengakhiran yang terasa tidak adil dan ada malam yang terasa lebih panjang daripada sepatutnya.

 

“Namun setiap detik membawa saya ke titik ini, kepada versi diri saya yang lebih tenang dan lebih pasti,” kongsinya.

 

Dalam coretan sama, kakak kepada selebriti, Noor Neelofa itu turut berkongsi tentang penerimaan dan hikmah di sebalik setiap yang berlaku.

 

“Saya belajar bahawa tidak semua yang sepatutnya kekal akan terus kekal dan tidak semua yang pergi itu satu kehilangan. Kadangkala, itu hanya cara Allah membuka ruang untuk kehidupan yang lebih sesuai dengan diri kita.

 

“Jadi hari ini, saya berdiri dengan penuh rasa syukur di hati, ketenangan dalam jiwa dan kepercayaan terhadap segala yang masih akan datang,” ujarnya. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement