MISI KUDRAT 1968
Dinner DenganKudrat Bois♥
Meja makan Kudrat Bois dah siap, dengan 20 kerusi untuk 20 peminat yang kumpul tiket sah KUDRAT 1968 paling banyak. Salah satu kerusi tu boleh jadi milik korang.
Dinner berlangsung pada Disember 2026 di Lembah Klang. Lokasi tepat hanya dimaklumkan kepada pemenang.
Cara menyertai
Beli tiket KUDRAT 1968
Semua tiket yang dibeli dari 28 Oktober hingga 24 November 2026 dikira. Tiket untuk diri sendiri, keluarga atau geng pun boleh.
Simpan setiap bukti pembelian
E-tiket, resit atau screenshot booking yang menunjukkan nama filem, tarikh, ID tempahan dan jumlah tiket.
Hantar borang pada 25–27 Nov
Isi maklumat dan upload semua bukti melalui borang di bawah. Boleh hantar lebih dari sekali.
Tunggu pengumuman 30 Nov
20 peserta dengan jumlah tiket sah paling banyak menang dinner bersama Kudrat Bois.
Borang dibuka 25 November 2026
Sementara tu, teruskan beli dan simpan tiket korang.
Borang tak keluar? Buka borang di tab baharu
Penyertaan telah ditutup
Terima kasih kerana menyokong KUDRAT 1968. 20 pemenang akan diumumkan pada 30 November 2026 di media sosial Astro Shaw dan Gempak.
Terma & syarat
- Kempen “Dinner Dengan Kudrat Bois” dianjurkan oleh Astro Shaw dan Gempak (“Penganjur”).
- Terbuka kepada warganegara dan pemastautin tetap Malaysia. Peserta di bawah 18 tahun mesti mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga dan ditemani penjaga jika menang.
- Hanya tiket wayang KUDRAT 1968 yang dibeli antara 28 Oktober hingga 24 November 2026 akan dikira.
- Satu tiket sah bersamaan satu kiraan. Bukti pembelian mesti jelas menunjukkan nama filem, tarikh, ID tempahan dan jumlah tiket. ID tempahan yang sama hanya dikira sekali.
- Penyertaan hanya diterima melalui borang rasmi di halaman ini dari 25 November 2026, 12.00 pagi hingga 27 November 2026, 11.59 malam. Penyertaan lewat tidak akan diterima.
- Peserta boleh menghantar borang lebih dari sekali dengan syarat menggunakan nombor telefon yang sama. Semua tiket sah akan digabungkan untuk kiraan akhir.
- 20 peserta dengan jumlah tiket sah terbanyak selepas proses pengesahan akan dipilih sebagai pemenang. Jika berlaku seri pada kedudukan ke-20, keputusan Penganjur adalah muktamad.
- Hadiah ialah makan malam bersama barisan pelakon Kudrat Bois yang akan berlangsung pada bulan Disember 2026, 8 malam, di Lembah Klang. Tarikh dan lokasi tepat akan dimaklumkan kepada pemenang sahaja. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindah milik.
- Pemenang akan diumumkan pada 30 November 2026 di media sosial Astro Shaw dan Gempak, dan dihubungi melalui telefon atau e-mel. Pemenang yang gagal memberi maklum balas dalam tempoh 48 jam boleh digantikan.
- Penganjur berhak membatalkan penyertaan yang didapati palsu, diubah suai atau tidak mematuhi terma ini.
- Maklumat peribadi peserta akan digunakan untuk tujuan kempen ini sahaja, selaras dengan notis privasi Penganjur.
- Penganjur berhak meminda terma dan syarat ini tanpa notis terlebih dahulu. Keputusan Penganjur adalah muktamad.
Misi Kudrat 1968 · Dinner Dengan Kudrat Bois