Yogyakarta sekali lagi menjadi lokasi magis bagi ribuan pengunjung yang ingin menyambut tahun baharu dengan cara yang lebih tenang, sedar dan penuh makna.
Selepas kejayaan edisi 2025 yang menghimpunkan lebih 4,000 peserta, URUP 2026 kembali menganjurkan The World’s First New Year Sunrise Music & Wellness Celebration, sebuah festival unik yang menggabungkan alam, muzik, seni dan kesejahteraan minda.
URUP 2026 bakal berlangsung selama dua hari di Asram Edupark, Yogyakarta, merangkumi dua babak iaitu Babak Terbenam (31 Disember 2025) dan Babak Terbit pada 1 Januari 2026.
Festival ini dirancang sebagai ruang untuk para pengunjung menutup tahun lama dengan refleksi, dan membuka tahun baharu dengan kejelasan serta kedamaian.

Menariknya, URUP 2026 memperkenalkan pentas orkestra penuh yang akan mengiringi perjalanan dari malam menuju fajar. Pementasan ini disusun untuk menyatu dengan suasana hutan, membangkitkan rasa magis ketika cahaya pertama tahun baharu muncul dari celah perbukitan Yogyakarta.
Di Babak Terbit, penonton bakal disajikan persembahan istimewa daripada Kunto Aji. Tahun ini, penampilannya diperkaya dengan susunan muzik orkestra untuk nuansa yang lebih megah dan emosional.
Tetamu khas tidak akan diumumkan terlebih dahulu, namun berdasarkan rekod tahun sebelumnya, pentas URUP pernah dimeriahkan oleh Nadin Amizah, Bisma Karisma, Fanny Soegi dan Sal Priadi.
Selain muzik dan refleksi, URUP 2026 turut menampilkan Pasar URUP, tempat artisan Jogja berkumpul mempersembahkan karya seni, kraftangan dan kuliner lokal. Ia menjadi nadi kreatif yang menghidupkan festival dengan warna dan cerita unik.
Tiket URUP 2026 telah mula dijual sejak 1 Januari 2025 di urup2026.com dan TiketMart.
