Skip to main content

“Walaupun Jadi Zombie, Tak Tidur Sakit Belakang, Sakit Kepala Tapi Untuk Anak Mummy Usaha…” - Amira Othman

“Walaupun Jadi Zombie, Tak Tidur Sakit Belakang, Sakit Kepala Tapi Untuk Anak Mummy Usaha…” - Amira Othman

Sekilas

  • Penyanyi Amira Othman berkongsi cabaran berpantang termasuk pengorbanan tidur demi memastikan anak sulungnya mendapat susu ibu mencukupi.
  • Amira memuat naik foto rutin harian dan hidangan berpantang serta rasa syukur atas rezeki susu ibu yang berjaya dipam.
  • Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Fattah Amin, yang banyak membantu sepanjang tempoh berpantang.
Advertisement

Penyanyi Amira Othman berkongsi cabaran dilalui sepanjang tempoh berpantang apabila mengakui terpaksa mengorbankan waktu tidur demi memastikan anak sulungnya mendapat susu ibu secukupnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amira memuat naik beberapa foto sepanjang berada di pusat berpantang termasuk foto hidangan berpantang serta rutin hariannya sebagai ibu.

 

 Dalam satu perkongsian, pelantun lagu Hati-Hati itu turut memuat naik gambar sebotol susu yang berjaya dipam sambil meluahkan rasa syukur atas rezeki dikurniakan.

“Walaupun mami jadi zombie, tak tidur, sakit belakang, sakit kepala.

“Tapi untuk anak Mommy, mami usaha yang termampu dan terdaya juga yang Allah izinkan.

“Moga Muhammad Jarir Umar sihat, soleh, berjaya dan jadi penyejuk hati mami daddy,” tulisnya.

Selain berkongsi pengorbanan sebagai ibu, Amira turut menitipkan penghargaan buat suaminya, pelakon Fattah Amin yang sentiasa memudahkan urusannya sepanjang tempoh berpantang.

“Terima kasih suami saya.

“Selalu tolong memudahkan isteri awak berpantang.

“Semoga Allah balas jasa baik suami-suami kita semua yang sama-sama memudahkan urusan isteri,” katanya.

Terdahulu, Amira selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement