Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Demam Sheriff Melanda Di Rumah Anda! Raih Kutipan Lebih RM1 Juta Di Platform Astro First

Mya Amri
26/06/2024 09:29 MYT
Filem Sheriff yang kini ditayangkan di Astro First menerusi Astro dan peranti pilihan anda, sooka telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta di platform tersebut!

Sheriff nombor satu di Astro First

Menurut Penerbit Eksekutif Sheriff dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad terharu dengan reaksi positif dan sokongan yang diberikan penonton terhadap Sheriff dengan melanggan filem hebat berkenaan di Astro First.

“Alhamdulillah dan terima kasih penonton Malaysia yang menjadikan filem Sheriff sebagai filem nombor satu di Astro First tahun 2024.

“Usaha Astro Shaw membawakan filem ini kepada semua penonton tempatan melalui Astro First telah menerima reaksi baik.

“Kami memahami ada yang tidak berkesempatan menyaksikan filem ini di layar perak tempoh hari, jadi kami membawa Sheriff untuk anda semua dan menyarankan untuk menontondi platform Astro First melalui Astro dan sooka kerana kualiti gambar dan audio sememangnya dihasilkan khusus untuk platform ini,” ujarnya.

A post shared by Astro First (@astrofirst.official)

ARTIKEL BERKAITAN: PM Kagum Kualiti Filem Tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: PMX Puji Filem Sheriff - "Saya Kagum Dengan Jalan Cerita, Dialog &..."

ARTIKEL BERKAITAN: Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

ARTIKEL BERKAITAN: Sheriff: Dapat Sokongan Padu Tayangan Di Indonesia, Joko Anwar Pun Tak Sabar Nak Tonton

Sebelum ini, Sheriff telah mencipta satu fenomena di mana sudah mencapai kutipan RM60.5 juta selepas kurang sebulan ditayangkan di pawagam.

Kutipan itu sekaligus membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini kekal mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara.

Sheriff merupakan arahan pengarah Syafiq Yusof dan membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, S/haruddin Tamby, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama serta Azri Iskandar.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem aksi terbaik tahun 2024 ini kini di Astro First menerusi Astro dan sooka.

Untuk maklumat lanjut dan cara-cara pembelian Astro First di Astro, layari www.support.astro.com.my.

Manakala, muat turun sooka di Apple Store dan Google Play Store(untuk aplikasi mobil) dan Samsung, LG, Xiaomi, & Google/Android TV (versi 8 dan keatas) untuk TV Pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka, layari sooka.my.

Dengan hanya satu harga, iaitu RM16.20 di Astro dan sooka RM19.50, seisi keluarga dapat menikmati filem aksi blockbuster nombor 1 tahun ini dalam tempoh 48 jam, mengikut keselesaan mereka.

Melalui sooka, penonton boleh menonton Sheriff tanpa kontrak dan bebas komitmen.

BERITA TRENDING: #Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof

Sinopsis:

Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.

Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer' dan dia ditugaskan bersama.

#Filem #Astro First #Syafiq Yusof #Sheriff
;