Skip to main content

Selebriti

Anna Jobling Trauma Dengan Pickleball - "Rasa Nak Menangis…"

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Anna Jobling mengakui trauma bermain pickleball selepas terpaksa ulang babak selama 22 jam untuk drama Dink! I Love You.
  • Anna hanya bermain pickleball beberapa kali sebelum ini dan menganggap pengalaman itu sebagai cabaran besar baginya.
  • Walaupun penat, Anna tetap positif dan seronok bekerja dalam suasana yang menyokong bersama barisan pelakon dan kru.

Pelakon, Anna Jobling mengakui dirinya agak trauma dengan sukan pickleball selepas terpaksa melakukan perkara yang sama berulang kali bagi menjayakan sebuah babak.

Menurut Anna, dia tidak menyangka akan bermain pickleball selama 22 jam  memandangkan sebelum ini dia hanya bermain sukan tersebut beberapa kali sahaja.

“Mungkin, sebab saya tak pernah buat sukan. Seperti yang kita tahu, pickleball ini memang trending tanpa mengira peringkat umur. Saya main pickleball pun sekali dua sahaja. Jadi,Ia adalah cabaran buat saya.

“Saya tak sangka kami akan bekerja selama 22 jam untuk mendapatkan babak yang cantik bagi drama ini.

“Saya juga rasa agak trauma apabila terpaksa buat perkara sama berulang kali. Janganlah ajak saya main lagi untuk enam bulan ke hadapan.

“Rasa nak menangis tetapi tidaklah sampai tahap nak putus asa dan hentikan penggambaran,”katanya kepada Gempak.

Anna berkata demikian selepas ditemui di sidang media Dink! I Love You yang berlangsung di Pickle Social Club, Bukit Kiara pada Khamis.

Dalam masa sama, Anna turut berkongsi persediaannya sepanjang bermain sukan tersebut, selain mengakui persekitaran yang postitif telah menghilangkan rasa penat lelahnya.

“Persediaan saya hanyalah minum air, rehat, bila perlu dan kena ada pemikiran positif.

“Bila di set, kita akan cepat penat. Bila kita ada barisan pelakon, kru, pengarah dan persekitaran positif, seronok dan energetik. Penat pun kita tak kisah. Asalkan kerja selesai,”ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Anna turut membintangi telefilem Dink! I Love You, malah penonton boleh mengikutinya menerusi platform penstriman UTV,

Selain Anna, Arfie Shah, Aedy Ashraf, Dottie dan Juzzthin turut memeriakan naskhah romantik itu.

Anda mungkin berminat dengan

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

Autumn Winter New Classic Double-breasted Wool Coat Mid Length Loose Versatile Simple Coat Women

【1BOX 4PCS】Kissy内裤 Kissy Female Underwear panties comfortable hip-lifting high elasticity breathable sexy mid-waist

【1BOX 4PCS】Kissy内裤 Kissy Female Underwear panties comfortable hip-lifting high elasticity breathable sexy mid-waist

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement