Baru-baru ini viral isu Ning Baizura yang dikatakan tidak prihatin dengan mereka yang miskin dan tidak berkemampuan.

Kejadian tersebut berlaku apabila Ning meninggalkan komen pada satu video anggota polis menegur sekumpulan kanak-kanak berkaki ayam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kenyataan penyanyi, Ning Baizura disalah erti gara-gara meninggalkan komen berhubung rakaman video anggota polis menegur sekumpulan kanak-kanak berkaki ayam berkeliaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular, baru-baru ini.

Menurut Ning, dia tidak berniat langsung untuk merendah-rendahkan kanak-kanak berkenaan, apatah lagi mengaitkannya dengan kemiskinan, seperti yang dianggap oleh segelintir netizen.

"Sebenarnya saya nak letak komen dalam ruangan komen Datuk Seri Siti Nurhaliza bahawa saya bersimpati.

"Sepatutnya saya nak letak emoji sedih tetapi tertekan emoji lain. Saya terus hantar tanpa melihat kembali apa yang saya hantar tersebut," kata Ning Baizura.



Menurut Ning, tidak mungkin dia mahu mempertawakan kanaka-kanak miskin daripada keluarga susah kerana dia juga tahu asal usul dirinya.

"Jujur saya tersilap menghantar komen dan sya tidak sengaja. Saya bukan jenis suka komen tanpa usul periksa, cuam waktu itu saya tersalah taip.

"Ketika itu saya berkongsi video dengan anak saya, Ryan Sky Dalton dan mahu dia bersyukur dengan kehidupannya sekarang.

"Saya juga berkongsi kisah dengan Ryan yang kehidupan saya ketika kecil juga seperti kanak-kanak tersebut. Tiada niat lain melainkan simpati," tambah Ning lagi.

Tambah Ning, sebagai manusia kita pasti tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

"Terima kasih kepada netizen yang memberikan komen positif dan berkongsi aura positif dengan saya. Apabila mendoakan yang baik, Insya-Allah hidup lebih berkat.

"Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan pula kita. Saya maafkan netizen, dan saya tidak mendoakan yang tidak baik untuk mereka. Saya terima sebagai teguran," kata Ning lagi.

Ning mengakui tidak akan menghantar apa-apa komen tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Dia juga berharap agar segelintir netizen tidak lagi memperbesar-besarkan isu tersebut.

Sumber: BH Online