Penulis novel Town Mall, Hasrudi Jawawi meluahkan rasa gembira apabila karyanya diadaptasi ke filem.

Menggunakan judul cerita sama, filem Town Mall sudah mula ditayangkan di Astro First bermula hari ini.

"Perasaan saya sangat gembira! Lebih-lebih lagi, novel Town Mall ini merupakan novel seram pertama tulisan saya.

"Sejujurnya, saya sukar untuk menggambarkan perasan saya dengan kata-kata apabila mendapat tahu hasil tulisan saya diangkat dalam naskhah yang lebih besar," kata Hasrudi.

Perasaan bila dapat tahu novel Town Mall di adaptasi ke filem. #townmall #noveltownmall #horrornovels #horrorfilms #hasrudijawawi

A post shared by ??????? ?????? (@hasrudijawawi) on


Selain Town Mall, Hasrudi juga pernah menulis novel-novel hangat lain seperti Cucur Bawang Dan Kopi O, Banglo Seksyen 12, Cinta Awek dan Pakwe, Cermin, Kau Kuseru dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Hasrudi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penerbit filem Town Mall.

"Terima kasih saya ucapkan kepada penerbit sebab sudi angkat karya ini dalam naskhah filem.

"Saya harap-harap ia mendapat sambutan luar biasa dan ia dapat membuka peluang penerbit di luar sana untuk mengadaptasi karya seram lain pula," katanya lagi.


Town Mall mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.



Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem terbabit selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Town Mall, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.